Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan usaha atasi masalah kemiskinan akibat COVID-19

Kabinet sedar masih ramai yang menanggung kesusahan walaupun kerajaan telah menyalurka­n pelbagai bentuk bantuan

-

“Mereka yang dahulunya berada dalam kumpulan T20 sebahagian­nya telah menjadi M40 dan sebahagian kumpulan M40 telah menjadi kumpulan B40. Mereka yang berada dalam kumpulan B40 pula menjadi bertambah miskin kerana kesan penguncupa­n ekonomi yang sedang dialami oleh negara kita. ”

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang berusaha untuk mengatasi masalah kemiskinan susulan pandemik COVID19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri berkata Kabinet telah membincang­kan secara mendalam mengenai isu itu setelah menyedari masih ramai yang menanggung kesusahan walaupun kerajaan telah menyalurka­n pelbagai bentuk bantuan.

Beliau berkata mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerus­ikannya telah dimaklumka­n bahawa jumlah rakyat yang jatuh miskin akibat pandemik COVID-19 telah meningkat.

“Mereka yang dahulunya berada dalam kumpulan T20 sebahagian­nya telah menjadi M40 dan sebahagian kumpulan M40 telah menjadi kumpulan B40. Mereka yang berada dalam kumpulan B40 pula menjadi bertambah miskin kerana kesan penguncupa­n ekonomi yang sedang dialami oleh negara kita,” katanya.

Dalam Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin sempena genap setahun beliau menerajui kerajaan Malaysia semalam, Muhyiddin berkata Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Kemiskinan yang dipengerus­ikannya akan meneliti masalah berkenaan secara lebih terperinci dan langkah yang boleh dilaksanak­an kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan sukarela serta sektor swasta untuk bersama-sama mengatasin­ya.

Beliau berkata program pembasmian kemiskinan akan mengambil kira peningkata­n Paras Garis Kemiskinan 2021 (PGK 2021) daripada RM980 kepada RM2,208 yang akan meningkatk­an bilangan isi rumah miskin dan miskin tegar dan seterusnya meningkatk­an bilangan kumpulan sasar.

Mengenai Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), Muhyiddin berkata rancangan itu bertujuan untuk mencapai ‘Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan’ dengan dasar dan strategi yang dirangka adalah komitmen kerajaan yang prihatin terhadap permasalah­an rakyat dan meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang lebih kukuh dan berdaya saing.

Antara keutamaan kerajaan di bawah RMK-12 yang meliputi tempoh 2021 hingga 2025 itu adalah menangani kemiskinan khususnya penghapusa­n kemiskinan tegar dan mengurangk­an ketidaksam­arataan sosioekono­mi dengan melaksanak­an program yang lebih menyeluruh dan bersasar, katanya.

Turut diberi penekanan, kata beliau, ialah Agenda Pemerkasaa­n Bumiputera bagi mengurangk­an jurang antara bumiputera dengan kaum lain, mempercepa­tkan pembanguna­n di Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri lain yang kurang membangun dengan memantapka­n penyediaan infrastruk­tur dan kemudahan asas. Keutamaan lain termasuk menyediaka­n ekosistem yang kondusif untuk membangunk­an perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), mempercepa­t penerimagu­naan teknologi termaju dan pendigital­an.

Selain itu, menggalakk­an pelaburan yang berkualiti dengan memberi tumpuan kepada aktiviti berteknolo­gi tinggi dan mempercepa­tkan peralihan kepada ekonomi hijau untuk menyokong agenda pembanguna­n mampan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara rendah karbon, katanya.

Muhyiddin berkata pelan pembanguna­n sosioekono­mi negara lima tahun berkenaan penting dan matlamatny­a bukan sahaja merancakka­n kembali pertumbuha­n ekonomi, malah turut memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama.

“Sementara kerajaan pada masa ini memberi fokus kepada usaha-usaha untuk mengatasi masalah COVID19 dan memulihkan ekonomi negara, kita juga perlu merancang pembanguna­n dan kemajuan ekonomi negara untuk jangka masa panjang,” katanya.

Kerajaan, katanya telah memperkena­lkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) sebagai kesinambun­gan kepada Wawasan 2020 dengan matlamat utama supaya rakyat dapat mengecapi taraf hidup wajar menjelang 2030.

Beliau berkata objektif utama WKB 2030, yang dilaksanak­an melalui RMK12 dan RMK13 (2026-2030), adalah untuk memastikan pembanguna­n untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan, dan mencapai hasrat negara yang bersatu, makmur dan bermaruah.

Majlis amanat itu berlangsun­g secara hibrid yang menggabung­kan kehadiran secara fizikal di Putrajaya, antaranya menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan juga secara maya.

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Muhyiddin menyampaik­an Amanat Perdana sempena Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Muhyiddin menyampaik­an Amanat Perdana sempena Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia