Utusan Borneo (Sarawak)

Hala tuju kerajaan jelas untuk pulihkan ekonomi, kehidupan rakyat

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merangka hala tuju yang jelas dalam Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin tentang perancanga­n ke hadapan untuk memulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat pasca-COVID-19, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Katanya hala tuju perdana menteri itu mencakupi dasar seperti Rancangan Malaysia ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam membawa pembaharua­n.

“Ini adalah hala tuju yang perludilak­sanakan dengan segera ,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir mendengar sendiri amanat berkenaan bersempena genap setahun Muhyiddin menerajui kerajaan Malaysia, di sini semalam.

Majlis amanat itu berlangsun­g secara hibrid yang menggabung­kan kehadiran secara fizikal di Putrajaya antaranya menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan juga secara maya.

Wee berkata amanat perdana menteri memperihal­kan semua usaha yang akan dilakukan serta menyentuh kerisauan rakyat, termasuk penerangan secara ikhlas tentang Proklamasi Darurat untuk mengatasi krisis COVID-19.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkata hala tuju kerajaan pimpinan Muhyiddin terutama dalam pendigital­an, dilihat amat tepat pada masanya kerana ekonomi negara dalam proses pemulihan selepas pandemik COVID-19.

“Masa depan negara sangat bergantung pada pendigital­an kerana seluruh negara juga bergerak ke arah itu. Usaha ini adalah bagi memastikan negara dan rakyat kita tidak ketinggala­n,” katanya.

Mengenai pengiktira­fan terhadap sumbangan penjawat awam, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata perumpamaa­n yang diberikan oleh Muhyiddin ternyata menyentuh hati petugas barisan hadapan yang setia berkhidmat ketika berhadapan pandemik COVID-19.

“Perdana menteri menyifatka­n hubungan kerajaan dan penjawat awam seumpama aur dengan tebing, ia amat menyentuh hati kami (penjawat awam). Dalam masa sama kami gembira dan terharu dengan pengiktira­ran itu dan akan sentiasa bersedia berkhidmat,” katanya.

Muhyiddin dalam Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin beliau menyifatka­n kerajaan dan penjawat awam seumpama aur dengan tebing yang mungkin tidak dapat dipisahkan walau dalam apa jua situasi.

Beliau juga menyeru penjawat awam untuk sentiasa bersama-sama kerajaan dalam melindungi rakyat selain melayan rakyat dengan adil dan saksama.

Mohd Khairul Adib dalam pada itu mahu penjawat awam menjadi contoh terbaik kepada rakyat terutama dalam aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan jangkitan COVID-19.

“Selain mematuhi SOP, saya menyeru penjawat awam untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID19 dan bersedia menerima imunisasi tersebut kerana tugas sentiasa terdedah dengan risiko jangkitan,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Sebahagian menteri besar, ketua menteri, jabatan dan agensi Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta wakil korporat yang mengikuti Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara telesidang semalam.
— Gambar Bernama TELITI: Sebahagian menteri besar, ketua menteri, jabatan dan agensi Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta wakil korporat yang mengikuti Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara telesidang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia