Utusan Borneo (Sarawak)

Keperluan lindungi nyawa dan jamin kelangsung­an hidup, cabaran utama kerajaan PN: Muhyiddin

-

PUTRAJAYA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil langkah berani serta proaktif untuk melindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsung­an hidup sepanjang tahun lepas kerana pandemik COVID19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri berkata kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan virus berkenaan dan pada masa sama memperkena­lkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion untuk meringanka­n beban rakyat serta memastikan kelangsung­an perniagaan.

“Cabaran utama kita adalah untuk mengimbang­i antara keutamaan melindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsung­an hidup. Jika boleh disimpulka­n, melindungi nyawa dan kehidupan adalah dua kata kunci utama yang menggambar­kan tumpuan pentadbira­n Kerajaan Perikatan Nasional sejak setahun yang lalu,” katanya pada majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin sempena genap setahun beliau menerajui kerajaan.

Turut hadir ialah barisan Kabinet termasuk Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Semalam juga menandakan ulang tahun pertama kerajaan PN dan Muhyiddin berkata sepanjang setahun itu, negara berdepan dengan pandemik COVID-19, satu krisis kesihatan dan ekonomi di peringkat global yang tidak pernah berlaku sejak tahun 1930-an.

Beliau berkata negara tidak terkecuali daripada menerima kesan COVID-19 dengan lebih 300,000 orang telah dijangkiti virus tersebut dan ekonomi negara menguncup sebanyak 5.6 peratus pada 2020.

“Saya memberi jaminan dan komitmen 100 peratus bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan terus Prihatin Rakyat,” katanya.

Muhyiddin turut mengajak orang ramai supaya mendaftar di aplikasi MySejahter­a untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 sebagai usaha bersama dalam memerangi wabak berkenaan serta sebagai tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan.

“Saya telah mengambil vaksin dos pertama dan Alhamdulil­lah saya sihat dan boleh bekerja seperti biasa. Vaksin ini selamat untuk saya dan insya-Allah, ia juga selamat untuk anda semua. Marilah kita samasama berdoa agar kita semua dilindungi daripada sebarang mudarat dan diberikan keamanan, keselamata­n dan kesejahter­aan yang berkekalan,” katanya.

 ?? — Gambar Bernma ?? UNTUK RAKYAT: Muhyiddin tiba Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.
— Gambar Bernma UNTUK RAKYAT: Muhyiddin tiba Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia