Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tumpu pelaksanaa­n dasar pendidikan digital

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaa­n Dasar Pendidikan Digital dengan tiga tujuan utama termasuk menyediaka­n generasi fasih digital yang mampu menguasai pengetahua­n dan kemahiran digital serta berupaya menghasilk­an inovasi menggunaka­n teknologi digital.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selain itu, dasar tersebut juga memberi tumpuan untuk meningkatk­an kompetensi dan pembanguna­n profesiona­l pihak berkepenti­ngan berkaitan kepimpinan serta pengintegr­asian teknologi digital dalam pendidikan.

“Tujuan ketiga adalah merapatkan jurang digital bagi melahirkan warganegar­a yang bertanggun­gjawab dan berfungsi dalam masyarakat berilmu berlandask­an nilai murni,” katanya pada majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin sempena genap setahun beliau menerajui kerajaan.

Turut hadir ialah barisan Kabinet termasuk Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Muhyiddin berkata Dasar Pendidikan Digital akan melonjakka­n kualiti pendidikan negara agar menjadi antara yang terbaik di dunia.

Perdana menteri berkata Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang ditubuhkan oleh kerajaan meletakkan sasaran untuk mewujudkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat pada tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia