Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan rakyat Haiti protes penculikan, tuduh presiden bersikap diktator

-

PORT-AU-PRINCE:Ribuan orang rakyat Haiti membantah kelmarin di Port-au-Prince dan beberapa buah pekan wilayah terhadap satu peningkata­n bagi penculikan oleh kumpulan samseng, termasuk menuduh presiden sebagai membentuk pemerintah­an diktator yang baharu.

Awal kelmarin di bandar utama, seorang pakar pediatrik berusia 63 tahun telah dibunuh di depan kliniknya oleh beberapa penyerang tidak dikenali yang cuba menculikny­a, penduduk berhampira­n memberitah­u media tempatan.

“Kami mempunyai seorang presiden yang tidak lagi kami kenali kerana penggalnya telah tamat. Lihat sahaja bagaimana seorang doktor telah dibunuh, mustahil untuk hidup di negara seperti ini,” kata seorang penunjuk perasaan Moise Gueslin.

Sejak beberapa bulan lepas, Haiti telah menyaksika­n peningkata­n kes penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan yang menjejaska­n sama ada penduduk kaya ataupun miskin.

Tambahan lagi, Presiden Jovenel Moise memerintah dengan dikri selam setahun kerana buat masa sekarang tiada parlimen dan hanya satu pertiga senatornya yang berada di pejabat.

Pilihan raya perundanga­n yang sepatutnya diadakan pada 2018 telah ditangguhk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia