Utusan Borneo (Sarawak)

Syria pintas misil Israel di Damsyik

-

DAMSYIK: Pihak pertahanan udara Syria menghalang misil Israel di Damsyik kelmarin, menurut agensi berita negara Syria SANA.

Sejak kemunculan perang saudara Syria pada 2011, rejim Israel secara rutin melancarka­n serangan di Syria, kebanyakan­nya menyasari pasukan tentera Iran dan Hizbullah Lubnan termasuk pasukan tentera kerajaan.

“Pada jam 10.16 malam ini musuh Israel telah melakukan satu serangan udara dari arah Golan Syria yang ditawan terhadap beberapa sasaran di kawasan Damsyik,” SANA melaporkan sumber tentera sebagai berkata.

“Pihak pertahanan udara kami menghalang misil itu dan menumpaska­n kebanyakan daripadany­a,” tambah sumber berkenaan.

Tiada laporan lanjut mengenai kematian atau kecederaan. Syrian Observator­y for Human Rights, badan pemerhati perang yang berpusat di Britain, menyatakan serangan mengenai kawasan Sayyida Zeinab di selatan Damsyik di mana terdapat kehadiran Pengawal Revolusi Iran dan Hizbullah.

Rejim Israel menyatakan ia tidak memberikan komen mengenai laporan dalam media asing.

Badan penyiaran Israel Kan melaporkan para pemimpin pasukan keselamata­n Israel telah bertemu petang kelmarin bagi membincang­kan serangan Iran ke atas sebuah kapal Israel di Teluk Oman minggu lepas.

Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz menyatakan Sabtu lepas beliau percaya Iran dalang di sebalik letupan Khamis lepas ke atas MV Helios Ray, kapal pengangkut kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia