Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan Hodeida di Yaman dibom, lima maut

-

DUBAI: Lima orang awam termasuk seorang kanakkanak terbunuh kelmarin apabila rumah mereka diletupkan berhampira­n pelabuhan strategik Laut Merah Hodeida di Yaman, keganasan terkini dalam perang saudara berterusan di negara itu.

Kerajaan disokong Arab Saudi dan pemberonta­k Huthi saling menuduh dalam serang anyang memusnahka­n berhampira­n garisan sempadan selatan pelabuhan yang ditawan Huthi.

“Lima orang awam, termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak, terkorban dalam satu serangan bom mortar ke atas kediaman mereka oleh pihak Huthi,” seorang pegawai tentera kerajaan memberitah­u AFP.

Namun pihak Huthi yang disokong Iran, menurut kepada agensi berita Saba yang diuruskan pemberonta­k, menyatakan letupan berpunca daripada dua serangan udara oleh pakatan Arab yang campur tangan dalam peperangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf antarabang­sa.

Hodeida, kira-kira 145 kilometer barat daya dari ibu negara Sanaa yang ditawan pemberonta­k, merupakan laluan penting bagi makanan, minyak dan bantuan kemanusiaa­n.

Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) mengecam serangan dan menyatakan tiga lagi orang awam dilaporkan tercedera.

“Kematian orang awam yang membimbang­kan dan berterusan adalah satu lagi pencabulan terhadap undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa dan syaratsyar­at dalam perjanjian dan gencatan senjata Hodeida,” Abhijit Guha, ketua misi PBB bagi menyokong perjanjian, dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Perjanjian mercu tanda yang diaturkan PBB bagi bandar tersebut telah ditandatan­gani di Sweden pada

Disember 2018.

Guha menyeru bagi kebebasan untuk bergerak bagi membenarka­n badan pemerhati PBB mengakses kawasan pertempura­n tentera yang terbaharu dan ketara.

PBB pada bulan lepas memberikan amaran ribuan orang awam dalam risiko di wilayah barat Hodeida selepas pertempura­n berlaku.

Pada bulan lepas, pejuang Huthi menentang pasukan tentera prokerajaa­n di selatan pelabuhan dalam beberapa pertempura­n paling sengit sejak perjanjian yang diaturkan PBB itu.

Keganasan muncul ketika pertempura­n sengit di wilayah Marib, kira-kira 120 kilometer di timur Sanaa, di mana pejuang Huthi cuba untuk merampas kawalan terhadap kubu kuat terakhir kerajaan di utara.

Pihak Huthi turut memperting­katkan serangan dron dan misil di Arab Saudi, termasuk satu serangan misil yang dihalang di ibu negara Riyadh pada Sabtu lepas, menurut kerajaan.

Konflik Yaman telah meragut puluhan ribu nyawa dan menyebabka­n berjuta-juta orang ketiadaan tempat tinggal, menurut pertubuhan antarabang­sa, mencetuska­n apa yang digelar PBB sebagai krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia