Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Thailand lerai protes dengan peluru getah

-

BANGKOK: Polis Thai menembak peluru getah dan menggunaka­n meriam air serta gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan pro demokrasi di Bangkok kelmarin dalam satu rali di luar berek tentera menempatka­n kediaman perdana menteri.

Sebuah pergerakan bantahan yang diketuai belia menyeru peletakan jawatan kerajaan pimpinan Prayut Chan-O-Cha telah mulai berkuranga­n sejak beberapa bulan lepas berikutan gelombang kedua jangkitan COVID-19 di Thailand.

Namun penahanan empat ketua protes terkenal dengan tuduhan hasutan diraja telah memberikan­nya satu kejutan.

Empat orang tersebut adalah di antara 58 penunjuk perasaan yang berdepan dakwaan lese majeste dan prospek untuk penjara sehingga 15 tahun bagi setiap dakwaan sekiranya disabitkan menghina monarki.

Dianggarka­n 2,000 penunjuk perasaan berarak dari simpang utama Bangkok, Victory Monument kelmarin ke sebuah berek tentera berhampira­n di mana Prayut menetap.

Di antara penunjuk perasaan adalah beberapa pekerja pendatang dari negara jiran Myanmar yang melakukan rali terhadap rampasan kuasa yang mengguling­kan pemimpin awam Aung San Suu Kyi pada 1 Februari.

Beberapa penunjuk perasaan Thai berarak memakai topi keras dan membawa bendera merah.

Beratus-ratus orang kemudian berasak-asak melalui kontena perkapalan dan penghadang kawat berduri, membawa kepada konfrontas­i dengan polis pencegah rusuhan yang mengawal pintu masuk ke berek. Perbalahan berlaku di antara anggota polis pencegah rusuhan dan penunjuk perasaan, sementara beberapa penunjuk perasaan lain dilihat menolak sebuah trak polis.

“Mereka sedang menyediaka­n segala-galanya, perisai, belantan, air dengan sedikit bahan kimia dan peluru getah,” seorang penunjuk perasaan di barisan hadapan memberitah­u media Thai.

Ketika pergelutan tegang, anggota polis menggunaka­n trak meriam air dan melepaskan gas pemedih mata dalam cubaan untuk meleraikan orang ramai, penggunaan kekerasan yang pertama namun tidak berbahaya dalam rali Bangkok selama beberapa bulan.

Penunjuk perasaan menjerit jerit untuk air dan air garam ketika mereka disembur.

Beberapa orang memakai baju hujan sementara beberapa orang lain mengangkat tangan mereka ke udara dan menunjukka­n tiga jari, satu simbol bagi tentangan.

Anggota polis kemudian menembak peluru getah, menurut seorang wartawan AFP di kawasan tersebut.

“Ia tidak menyakitka­n sangat,” seorang penunjuk perasaan memberi tahu media Thai menunjukka­n satu tanda merah pada lengannya.

Beberapa penunjuk perasaan melontar botol kaca, batu dan bata ke arah anggota polis sementara mereka yang lain berlindung di dalam sebuah stesen minyak Shell berhampira­n, yang kemudian telah ditutup awal.

Di sebalik penganjur protes menghantar satu mesej media sosial sekitar jam 8.30 malam waktu tempatan menggesa penunjuk perasaan agar pulang ke rumah, segelintir yang masih terus berada di sana.

Satu striming Facebook secara langsung menunjukka­n rakaman bagi sebuah motosikal dan kereta polis yang dirosakkan dan dilukis dengan grafit i, termasuk penunjuk perasaan cuba untuk membakar kon trafik dan menyalakan api di atas jalan raya.

Pusat Perubatan Kecemasan Erawan menyatakan 16 penunjuk perasaan tercedera dan seorang anggota polis skuad rusuhan telah tidak sedarkan diri.

Seorang jururawat di memberitah­u AFP anggota polis itu meninggal dunia namun tidak menjelaska­n puncanya.

Sekurang-kurangnya dua orang penunjuk perasaan telah ditangkap, menurut kenyataan secara langsung Facebook, bagaimanap­un pihak polis tidak mengesahka­n angka sebenar.

Thai Lawyers for Human Rights menyatakan 19 orang telah diberkas termasuk seorang yang berusia 16 tahun.

Satu kumpulan kecil penunjuk perasaan terus bertelagah dengan pihak berkuasa di luar balai Polis Din Daeng selepas waktu tengah malam, sehingga awal subuh pagi semalam.

Pergerakan prodemokra­si Thailand telah dilakukan pada Julai lepas dan ketika kemuncakny­a telah menarik puluhan ribu orang yang kebanyakan golongan muda.

Salah satu permintaan pergerakan tersebut adalah pindaan perlembaga­an yang dirangka tentera dan perubahan terhadap monarki, satu tuntutan yang bertentang­an dengan kebiasaan di sebuah negara di mana keluarga diraja yang sangat kaya merupakan pihak yang tidak dapat disentuh.

 ?? — Gambar AFP ?? KERAS: Sebuah trak meriam air dikerahkan polis untuk meleraikan penunjuk perasaan prodemokra­si yang berarak ke arah kediaman rasmi Perdana Menteri Thailand di Bangkok, kelmarin.
— Gambar AFP KERAS: Sebuah trak meriam air dikerahkan polis untuk meleraikan penunjuk perasaan prodemokra­si yang berarak ke arah kediaman rasmi Perdana Menteri Thailand di Bangkok, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia