Utusan Borneo (Sarawak)

‘Elvis Presley’ dan rakan lega boleh kembali cari rezeki

- Oleh Noorazlina Jindeh

BIARPUN suaranya tidak seperti penyanyi legenda Elvis Presley tetapi kerana namanya Elvis Pilep, dia sering diminta menyanyika­n lagu dendangan penyanyi terkenal Hollywood itu.

Elvis, 31, bersama rakan pemuzik jalanan (buskers) kini mampu menarik nafas lega setelah mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan untuk mengadakan persembaha­n sekali gus menjana kembali sumber pendapatan yang terjejas akibat COVID19.

Bekas guru muzik di sebuah sekolah swasta itu berkata, sejak COVID-19 melanda negara, mereka turut terkesan kerana tidak dapat mengadakan persembaha­n di tempattemp­at yang telah ditetapkan oleh persatuan buskers di negeri Sabah iaitu Sabah Buskers Community (SBC). “Pendapatan sekarang bertambah baik (sejak dibenarkan), saya mengadakan persembaha­n dengan menyanyika­n lagu-lagu moden dan komersial,” katanya kepada Bernama.

Bekas graduan daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata, antara lagu Elvis Presley yang sering dinyanyika­nnya ialah ‘Blue Suede Shoes’, ‘Can’t Help Falling in Love’, ‘Crazy Little Thing Called Love’ dan ‘My Way’.

Elvis yang bernaung di bawah SBC berkata, pemuzik jalanan diberikan jadual penggilira­n bagi setiap persembaha­n dan dia mengadakan persembaha­n secara solo di beberapa tempat antaranya Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) dan pusat beli-belah di sekitar Inanam.

Bagi setiap persembaha­n, dia akan menyanyika­n antara 60 hingga 90 lagu termasuk yang diminta orang ramai, justeru bagi mengekalka­n staminanya agar sentiasa bertenaga, Elvis akan melakukan latihan dan aktiviti memanaskan badan sebelum membuat persembaha­n.

Sementara itu, Hendry Jublin, 52, turut menarik nafas lega apabila dapat menghiburk­an orang ramai, kerjaya baharunya setelah diberhenti­kan kerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat yang terjejas akibat pandemik itu.

Bapa kepada lima cahaya mata itu menggunaka­n sepenuhnya bakat yang diwarisi keluarga untuk mencari rezeki dengan mengadakan persembaha­n meniup ‘pan flute’ (seruling leper), hasil buatan tangannya sendiri sambil diiringi muzik tradisiona­l.

“Alat muzik yang digunakan ini adalah daripada pokok buluh dan memakan masa kira-kira sebulan untuk disiapkan, pembuatann­ya harus teliti bagi memastikan seruling itu ada bunyi Do Re Mi,” katanya yang menjelaska­n empat anaknya juga mahir bermain alat muzik.

Hendry yang berasal dari daerah Tambunan berkata, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia hanya membuat persembaha­n di Facebook dan pendapatan­nya agak berkuranga­n malah pernah mendapat RM20 sahaja.

“Tetapi bersyukur sebab ada juga (duit). Sekarang walaupun persembaha­n secara solo ia sudah memadai kerana kami boleh mengadakan persembaha­n terutamany­a untuk peminat buskers,” katanya yang turut mahir bermain piano dan keyboard.

Pada 25 Februari lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n kerajaan membenarka­n pemuzik jalanan atau buskers sepenuh masa di seluruh negara membuat persembaha­n di restoran dan gerai makan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia