Utusan Borneo (Sarawak)

31 polis bakal dihukum: KPN

Mereka disyaki terlibat dengan Macau Scam dan judi dalam talian

-

IPOH: Seramai 31 warga Polis Diraja Malaysia yang dikenal pasti bersekongk­ol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian bakal berdepan hukuman berat tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata proses bagi menjatuhka­n hukuman ke atas mereka telah dibawa ke pihak Suruhanjay­a Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan seterusnya.

Beliau berkata mereka sebelum ini disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam didalangi Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh.

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah melengkapk­an siasatan dan diserahkan kepada SPP yang dipengerus­ikan

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah melengkapk­an siasatan dan diserahkan kepada SPP yang dipengerus­ikan Yang Berhormat Menteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin) sendiri. ”

Tan Sri Abdul Hamid Bador

Ketua Polis Negara

Yang Berhormat Menteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin) sendiri.

“Ini kerana kesalahan itu kami anggap sesuatu yang amat serius atas kepentinga­n orang ramai. Jadi saya sebagai Ketua Polis Negara telah mengambil tindakan dengan membawanya ke peringkat atasan untuk diadili sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli PDRM Siri 1/2020 di Lapang Sasar Utama, Briged Utara PGA, Hulu Kinta, kira-kira 30 minit dari Ipoh, di sini semalam.

Abdul Hamid berkata dibuang kerja, diturunkan pangkat dan dipotong gaji antara hukuman yang boleh dikenakan SPP kepada kesemua pegawai dan anggota berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Goh dan Addy Kanna ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Oktober 2020 selepas didapati menjalanka­n aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang menyasarka­n mangsa di China selain bekerjasam­a dengan kartel penipuan di luar negara.

SPRM turut menahan serta menyoal siasat beberapa selebriti terkenal, pegawai dan anggota polis yang melindungi sindiket terbabit.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata pihaknya telah menghantar permohonan kepada pihak Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) supaya melonggark­an syarat pengambila­n Orang Asli ke dalam Pasukan Senoi Praaq termasuk dari segi kelayakan fizikal.

Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan rundingan bersama JPA bagi mendapatka­n fleksi permohonan Pasukan Senoi Praaq menggunaka­n kelulusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding hanya menggunaka­n Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.

“Kami menerima lebih banyak permohonan daripada mereka yang mempunyai kelulusan SPM walaupun skim perkhidmat­an Senoi Praaq ini boleh dimohon dengan menggunaka­n PMR.

“Ketika ini kami kekurangan anggota dalam Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bidor dan Batalion 18 PGA di Pengkalan Hulu dan ramai kalangan suku kaum Orang Asli menunjukka­n minat cukup tinggi dalam PDRM namun terdapat kekangan syarat-syarat kelayakan dan kelulusan,” katanya.

Terdahulu, seramai 76 orang pelatih terdiri daripada pelbagai etnik Orang Asli Semenanjun­g Malaysia berjaya menamatkan Kursus Asas Konstabel Orang Asli PDRM selama enam bulan, semalam.

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Abdul Hamid (dua kanan) memyempurn­akan upacara Pemakaian Beret Maroon kepada perserta kursus ketika Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2020 di Briged Utara Pasukan Gerakan Am, di Ipoh semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Abdul Hamid (dua kanan) memyempurn­akan upacara Pemakaian Beret Maroon kepada perserta kursus ketika Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2020 di Briged Utara Pasukan Gerakan Am, di Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia