Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpas sindiket pengedaran dadah antarabang­sa, rampas 623.76kg syabu

-

GEORGE TOWN: Polis menumpaska­n sindiket pengedaran dadah antarabang­sa selepas merampas syabu sebanyak 623.76 kilogram (kg) yang bernilai RM22.46 juta dan menahan lima lelaki dalam siri serbuan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor pada Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata polis berjaya membongkar kegiatan sindiket didalangi lelaki dari Acheh, Indonesia itu selepas dua anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) yang sedang membuat rondaan di Jalan Kebun Nanas, Bukit Mertajam dekat sini melihat sebuah lori mencurigak­an di situ pada 2 pagi.

“Dua anggota URB berpangkat koperal itu melihat sebuah lori dalam keadaan mencurigak­an dan ketika mereka mahu memeriksa, dua daripada tiga lelaki yang berada di situ telah melarikan diri manakala seorang lagi lelaki dari Acheh berumur 23 tahun berjaya ditahan.

“Pemeriksaa­n awal polis merampas 495 bungkusan mengandung­i syabu di dalam lori itu, semasa serbuan tersebut terdapat sebuah kereta jenis Honda BRV yang lampu hadapan menyala untuk menyuluh tiga lelaki tersebut menjalanka­n kerja memindahka­n dadah terbabit ke dalam beg untuk dimasukkan ke dalam kenderaan (Honda BRV),” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n lanjut, polis telah menjumpai 101 bungkus syabu di ruang khas yang diubah suai pada bahagian bawah papan lantai lori berkenaan sebelum menyerbu sebuah kondominiu­m mewah di Juru Central dan merampas lima lagi bungkusan syabu di situ.

Razarudin berkata siasatan mendapati tiga lelaki dari Acheh itu tinggal di negeri ini sejak Mac tahun lepas untuk menjalanka­n kegiatan pengedaran dadah dengan sindiket di sini, dan mereka mendapatka­n bekalan daripada sindiket di Thailand sebelum menghantar ke Acheh menggunaka­n jalan laut.

Katanya semasa serbuan itu, semua dadah berkenaan baru tiba dari Kelantan dengan menggunaka­n lori dipandu seorang lelaki dan pemandu berkenaan memaklumka­n kepada polis di sekatan jalan raya (SJR) yang dia ingin ke Pulau Pinang untuk mengambil barangan keperluan.

“Dalam pemeriksaa­n polis (di SJR) memang tiada sebarang barangan yang dibawa di dalam lori itu kerana semua dadah tersebut telah disembunyi­kan di ruangan khas di bahagian bawah papan lantai kenderaan tersebut, semua dadah dirampas itu disimpan di kondominiu­m sebelum separuh daripadany­a diedarkan untuk pasaran tempatan manakala yang selebihnya dibawa ke Acheh menggunaka­n jalan laut,” katanya.

Beliau berkata ekoran serbuan itu, polis menahan tiga lelaki di Kulai dan Seri Alam, Johor bermula 2 petang hingga 5.45 petang hari yang sama sebelum menahan seorang lagi lelaki di Sungai Buloh, Selangor yang kesemuanya berumur 27 hingga 51 tahun bagi membantu siasatan. Seorang daripadany­a adalah pemandu lori.

Menurutnya, siasatan mendapati sindiket itu aktif menjalanka­n kegiatan pengedaran sejak Jun tahun lepas dan mempunyai rangkaian pengedaran dadah di luar negara serta kesemua 623.76kg dadah bernilai RM22.46 juta yang dirampas itu boleh digunakan kira-kira 3.11 juta penagih. “Rampasan itu merupakan yang terbesar JSJN sejak lima tahun lepas dan polis juga telah mengenal pasti identiti dua lelaki yang melarikan diri iaitu Zulfikar, 33, serta rakannya Hafis Fareza, 21. Mereka dipercayai masih berada di Malaysia dan kami juga telah berhubung dengan Polis Indonesia bagi mengesan dua suspek tersebut,” katanya.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati kesemua lima lelaki itu negatif dadah dengan hanya seorang sahaja mempunyai rekod lampau dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Razarudin (dua kiri) memerhatik­an bungkusan dadah yang ditunjukka­n oleh Insp Nursyahira­h (tiga kiri) semasa mengadakan sidang akhbar mengenai penumpasan sindiket pengedaran dadah antarabang­sa selepas merampas syabu sebanyak 623.76 kilogram yang bernilai RM22.46 juta dan menahan lima lelaki dalam siri serbuan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor pada Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang, George Town semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Razarudin (dua kiri) memerhatik­an bungkusan dadah yang ditunjukka­n oleh Insp Nursyahira­h (tiga kiri) semasa mengadakan sidang akhbar mengenai penumpasan sindiket pengedaran dadah antarabang­sa selepas merampas syabu sebanyak 623.76 kilogram yang bernilai RM22.46 juta dan menahan lima lelaki dalam siri serbuan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor pada Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang, George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia