Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita dan teman lelaki didakwa bunuh anak

-

BANGI: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang juga anak kandung teman wanitanya, bulan lepas.

N.Tanabalan, 27, dan teman wanitanya K. Puvaneswar­y, 30, yang kelihatan tenang, menggeleng­kan kepala apabila ditanya jurubahasa sama ada mereka faham bahasa Melayu atau tidak di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah, yang bertindak sebagai Majistret.

Kedua-dua tertuduh, yang tidak diwakili peguam kemudianny­a mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil. Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Tanabalan dan Puvaneswar­y didakwa dengan niat bersama dengan sengaja membunuh S. Dhevanesh di sebuah rumah di Pangsapuri Simfoni, Semenyih, antara 14 Feb dan 18 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzan Mohd Nor memohon tarikh sebutan sementara menunggu laporan kimia, asid d e ok siri bon u k l e i k( D N A) dan bedah siasat mangsa.

Mahkamah kemudianny­a menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum prosiding bermula, polis meminta anggota keluarga kedua-dua tertuduh menunggu di luar bagi memastikan mahkamah tidak sesak dan seorang lelaki yang mengaku bapa kepada mangsa dibenarkan mendengar prosiding.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita dan lelaki ditahan pada 18 Feb lepas, susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang juga anak kandung suspek wanita.

Mereka ditahan selepas kanak-kanak malang itu dibawa ibunya ke Jabatan Kecemasan Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan dan kanak-kanak itu kemudianny­a disahkan meninggal dunia. Pemeriksaa­n lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan.

Sementara itu di Alor Setar, seorang kontraktor semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memalsukan dokumen untuk pindah milik tanah pada Oktober 2005.

Tertuduh Mohd Isa Hanafiah, 67, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Murtazadi Amran selepas pertuduhan dibacakan.

Dia didakwa dengan curangnya menggunaka­n suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang 14A Kanun Tanah Negara bagi tujuan pindah milik tanah, bahagian atau pajakan daripada Bakar Mohd Isa kepada dirinya di Pejabat Tanah Kubang Pasu, Jitra pada jam 9.23 pagi, 25 Oktober 2005.

Tertuduh mempunyai sebab untuk mempercaya­i dokumen itu adalah palsu dan sehubungan itu dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia