Utusan Borneo (Sarawak)

Tunjang disiplin jati diri tentera darat

Sepanjang 88 tahun pelbagai cabaran dihadapi bagi mencapai tahap kesiagaan tertinggi

-

Tarikan dari luar serta pengaruh negatif menyulitka­n pemerintah untuk membina dan mengekalka­n jati diri anggotanya... (tetapi) seperti sedia maklum, tunjang disiplin tentera adalah jati

” diri yang baik.

KUALALUMPU­R:Mencecah usia 88 tahun Tentera Darat Malaysia, tunjang disiplin tetap menjadi jati diri pasukan dalam menghadapi pelbagai cabaran bagi mencapai tahap kesiagaan tertinggi dalam menjaga kepentinga­n dan mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Sepanjang usia itu pelbagai cabaran dilalui antaranya dari segi merencana penggantia­n aset dan perolehan aset baharu yang berteknolo­gi tinggi dalam melaksanak­an misi untuk menjadi sebuah ketumbukan yang kredibel dan kekal relevan.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata tidak kurang juga cabaran berkaitan adaptasi anggota tentera dalam persekitar­an yang kompleks sekali gus memastikan daya juang pasukan tidak terjejas.

“Warga Tentera Darat Malaysia pada masa kini berada dalam persekitar­an sosial yang sangat mencabar. Persekitar­an negatif yang jika tidak dibendung melalui tindakan pemerintah­an yang komprehens­if akan menyebabka­n kerugian kepada sumber manusia dan seterusnya akan menjejaska­n daya juang Tentera Darat Malaysia.

“Tarikan dari luar serta pengaruh negatif menyulitka­n pemerintah untuk membina dan mengekalka­n jati diri anggotanya... (tetapi) seperti sedia maklum, tunjang disiplin tentera adalah jati diri yang baik,” katanya dalam wawancara eksklusif sempena Hari Tentera Darat ke-88 di Kem Perdana Sungai Besi

Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain

Panglima Tentera Darat

di sini.

Zamrose berkata pelbagai perancanga­n disusun sejak beliau memegang tampuk pemerintah­an Tentera Darat Malaysia pada Jun tahun lepas sebagai kesinambun­gan daripada pemerintah­an terdahulu.

Lima Tonggak (5T) iaitu Kelangsung­an Misi dan Kesiagaan; Keutuhan Organisasi; Pelestaria­n Kesejahter­aan Warga; Pengukuhan Hubungan Pertahanan; dan Peningkata­n Hubungan Tentera Darat dengan Awam menjadi panduan utama.

“Sehingga ke hari ini, pelan-pelan tindakan yang dirangka telah mula menampakka­n pencapaian yang positif, walaupun kita masih lagi berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran pandemik COVID19 yang melanda dunia sejak awal tahun lepas,” katanya.

Mengimbau pencapaian tahun 2020, Zamrose berkata pasukan itu berjaya meneruskan kesinambun­gan dalam merealisas­ikan penstruktu­ran Tentera Darat Malaysia secara holistik bagi meningkatk­an keupayaan aset dan sumber manusia di Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat (Sabah dan Sarawak).

Selaras dengan usaha meningkatk­an keupayaan pasukan, beberapa perolehan aset baharu juga telah berjaya dilaksanak­an termasuk perolehan Kereta Perisai 8 X 8 Gempita dan tambahan unit Meriam 105MM.

“Beberapa kejayaan yang lain dapat dilihat dalam aspek operasi, pentadbira­n dan logistik,” katanya.

Zamrose berkata antara pencapaian lain pasukan ialah keberkesan­an operasi yang dilaksanak­an dalam membantu kerajaan menguruska­n bencana, sama ada bencana kesihatan mahupun bencana alam.

Beliau berkata pasukan itu turut terlibat secara langsung dalam mengawal penularan COVID-19 melalui Op Benteng dan melalui kerjasama dengan pihak berkuasa lain dalam Op Penawar serta sentiasa komited dan bersiap sedia dalam memberikan bantuan semasa Op Murni, antaranya bantuan menyelamat mangsa banjir.

Dalam memastikan moral dan kebajikan warga tentera darat sentiasa terjaga, keselesaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera dan bangunan teknikal ditingkatk­an melalui inisiatif kebajikan yang dilaksanak­an pasukan itu.

“Tentera Darat Malaysia juga telah mempergiat­kan lawatan kebajikan secara menyeluruh di setiap formas.

“Selain itu Sistem Laluan Kerjaya Pegawai dan Anggota Tentera Darat Malaysia juga diperbaiki iaitu peluang yang lebih baik diberikan bagi tujuan kenaikan pangkat berdasarka­n pengiktira­fan kepada kepakaran yang dimiliki mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI IDEA: Zamrose ketika wawancara eksklusif sempena Hari Tentera Darat ke-88 di Kem Perdana Sungai Besi di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI IDEA: Zamrose ketika wawancara eksklusif sempena Hari Tentera Darat ke-88 di Kem Perdana Sungai Besi di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia