Utusan Borneo (Sarawak)

Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia Ke-88

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88 kepada seluruh warga angkatan Tentera Darat, termasuk veteran dan semua yang pernah berkhidmat.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook menyatakan Seri Paduka Baginda turut menzahirka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada anggota angkatan Tentera Darat, khususnya yang bertugas di barisan hadapan atas pengorbana­n yang dicurahkan dalam membantu kerajaan memerangi penularan wabak COVID-19.

Baginda turut menzahirka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota Tentera Darat yang telah terkorban semasa bertugas.

Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, baginda turut menyanjung tinggi jasa, khidmat bakti dan pergorbana­n yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota Tentera Darat dalam melindungi kedaulatan dan keselamata­n negara.

“Semoga angkatan Tentera Darat terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabang­sa,” titah baginda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia