Utusan Borneo (Sarawak)

TDM lancar Army 4NextG 2021-2050 sempena Hari Tentera Darat Ke-88

-

PORT DICKSON: Bersempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-88 semalam, Tentera Darat Malaysia (TDM) melancarka­n Pelan Pembanguna­n Keupayaan Strategik Tentera Darat (Army 4NextG) 20212050 dan Buku Panduan Sistem Pengurusan Strategik Tentera Darat (SPSTD) 2021-2025.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata kedua-dua dokumen ini akan menjadi panduan lengkap kepada hala tuju pembanguna­n dan pengurusan TDM bagi tahun mendatang.

“Pelan pembanguna­n keupayaan strategik tentera darat (Army 4NextG) 2021-2050, merupakan pelan strategik jangka masa panjang berdasarka­n keupayaan TDM beroperasi secara serentak di dua wilayah.

“Pelan ini didukung oleh pengurusan pembanguna­n keupayaan sistematik,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata pelan tersebut juga persediaan TDM menjadi sebahagian daripada angkatan masa hadapan yang berupaya melaksanak­an tugas dalam persekitar­an pelbagai domain.

Zamrose berkata Buku Panduan Sistem Pengurusan Strategik Tentera Darat 2021-2025 adalah rujukan dan panduan kepada semua lapisan pemerintah­an TDM mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan berdasarka­n nilai-nilai serta elemen yang terkandung dalam peta strategik tentera darat.

Katanya buku tersebut juga mendukung kertas putih pertahanan, Pelan Strategik

Kementeria­n Pertahanan, Sistem Pengurusan Strategik ATM 2021-2025, 4DMAF dan Army 4NextG 20212050.

“Harapan saya agar pelan pembanguna­n serta buku panduan tersebut akan menjadi pemandu kepada semua peringkat pemerintah, untuk memacu hala tuju tentera darat ke arah kecemerlan­gan,” katanya.

Sempena sambutan semalam, Zamrose menegaskan TDM akan terus komited untuk mempertaha­nkan kedaulatan tanah air tercinta ini daripada sebarang anasir luar yang cuba memporakpe­randakan keamanan dan keharmonia­n negara ini.

Katanya penugasan TDM dalam Ops Penawar, Ops Benteng dan pelbagai lagi tugasan operasi di dalam negara ini, tidak akan sesekali dipandang ringan dan diambil mudah.

Terdahulu pada sambutan semalam, buat julung kalinya, acara perbarisan Hari Tentera Darat Ke-88 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berlangsun­g dalam suasana kebiasaan baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan susulan pandemik COVID-19.

Perbarisan itu disertai seramai 112 pegawai dan 844 anggota lain-lain pangkat dan ia dilaksanak­an dengan mematuhi SOP yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan.

Acara pada pagi semalam juga dapat disaksikan secara dalam talian oleh semua anggota tentera.

Beliau turut menyampaik­an sijil kepujian dan kecemerlan­gan kepada pasukan dan warga Tentera Darat Malaysia (TDM). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia