Utusan Borneo (Sarawak)

1,018 pegawai dan anggota polis Johor dikecualik­an terima vaksin COVID-19

-

JOHOR BAHRU: Seramai 1,018 daripada lebih 10,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor dikecualik­an daripada menerima suntikan vaksin imunisasi COVID-19.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dikecualik­an atas nasihat doktor setelah mengambil kira keadaan kesihatan masingmasi­ng.

“Dalam program suntikan vaksin imunisasi COVID-19 ini, seramai 4,000 pegawai dan anggota akan diberikan vaksinasi, manakala lebih daripada 4,000 pegawai dan anggota lagi akan diberikan pada fasa kedua.

“Namun daripada keseluruha­n jumlah itu, seramai 1,018 akan dikecualik­an kerana isu kesihatan seperti mengandung, penyakit kronik dan alahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan

Muafakat Johor, Taman Adda, di sini semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CEGAH PANDEMIK: Ayob antara petugas barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin PfizerBioN­Tech pada Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Muafakat Taman Adda, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama CEGAH PANDEMIK: Ayob antara petugas barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin PfizerBioN­Tech pada Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Muafakat Taman Adda, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia