Utusan Borneo (Sarawak)

Persiapan dua minggu bantu petugas barisan hadapan sempurnaka­n program imunisasi

-

JOHOR BAHRU: Persiapan rapi selama dua minggu membantu petugas barisan hadapan di Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru bersedia untuk menyempurn­akan hari pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Johor semalam.

Ketua Jururawatn­ya Badariah Mohd Khalid berkata latihan selama dua minggu itu termasuk cara penghantar­an dan jenis vaksin yang akan diterima.

Badariah terpilih sebagai jururawat yang memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad, pada pelancaran program itu.

“’Rasa gugup hilang selepas taklimat dan persediaan selama dua minggu. Dari awal, kami (petugas kesihatan) diberitahu bagaimana penghantar­an vaksin, apa jenis vaksin diterima,” kata beliau ketika ditemui pemberita pada majlis berkenaan.

Beliau yang dibantu jururawat di Klinik Kesihatan Kempas Norazrina Johari berkata tiada perbezaan dirasai ketika menyuntik orang kenamaan atau orang biasa kerana teknik asas suntikan yang digunakann­ya masih sama.

Pada majlis semalam, Hasni mengetuai 35,100 petugas barisan hadapan Kementeria­n Kesihatan dan agensi kerajaan lain di negeri ini untuk menerima vaksin Pfizer-BioNTech secara berperingk­at pada fasa pertama.

Turut menerima suntikan vaksin semalam ialah Pengarah

Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu dan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sementara itu, jururawat di Klinik Kesihatan Sultan Ismail, Nur Hijah Hidayah Jalil, 27, berpandang­an bahawa vaksin COVID19 merupakan keperluan mendesak dalam membendung penularan wabak itu.

“Kita ambil langkah terbaik yang disarankan kerajaan bukan sahaja untuk perlindung­an diri, tetapi juga masyarakat yang berada dalam komuniti. Lagipun saya mengambil contoh kerelaan Perdana Menteri dan (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri) Dr Noor Hisham Abdullah yang menerima suntikan ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT: Petugas barisan hadapan bergambar sambil memegang kad seperti Divaksin atau Vaksin Selamat selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Raya Bandar Seri Alam semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT: Petugas barisan hadapan bergambar sambil memegang kad seperti Divaksin atau Vaksin Selamat selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Raya Bandar Seri Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia