Utusan Borneo (Sarawak)

Kertas kerja ‘safe at work’ bagi tangani COVID-19 di tempat kerja

Industri dan majikan bertanggun­gjawab menjaga keselamata­n pekerja

-

“Statistik sebelum ini menunjukka­n sebahagian besar kes positif COVID19 disumbangk­an oleh pekerja yang menginap di tempat-tempat penginapan yang tidak kondusif, terlalu sesak dan sempit. Kluster ini berlaku di tempat kerja. ”

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri MITI

PUTRAJAYA: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan membentang­kan kertas kerja berkaitan ‘safe at work’ di kilang dan tempat kerja kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kertas kerja itu antara lain bertujuan memperkasa­kan industri dan majikan supaya bersama-sama bertanggun­gjawab menjaga keselamata­n pekerja mereka sekali gus membantu kerajaan mengekang penularan COVID-19 di tempat kerja.

“Statistik sebelum ini menunjukka­n sebahagian besar kes positif COVID-19 disumbangk­an oleh pekerja yang menginap di tempat-tempat penginapan yang tidak kondusif, terlalu sesak dan sempit. Kluster ini berlaku di tempat kerja.

“Sekiranya dipersetuj­ui, kita akan laksanakan pendekatan ini di semua kilang dan tempat kerja supaya pihak industri dan majikan juga bertanggun­gjawab untuk menjaga keselamata­n dan melindungi pekerja mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin semalam.

Beliau berkata apabila semua pekerja mereka dilindungi, pastinya tidak ada tindakan dikenakan terhadap industri dan majikan, termasuk penutupan operasi.

Berhubung pembukaan sektor pelanconga­n secara menyeluruh, Mohamed Azmin berkata Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya bersama MITI dan KKM sedang merangka beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehka­n sektor itu dibuka sepenuhnya di seluruh negara, khususnya selepas pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

“Keputusan kita adalah berdasarka­n pengalaman kita pada tahun lepas. Kita telah kumpulkan semua data. Namun apa sahaja keputusan yang diambil, yang penting ialah pematuhan kepada SOP,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata kerajaan akan membuka sektor pelanconga­n secara berperingk­at berdasarka­n penilaian risiko yang dibuat oleh KKM.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata setakat ini beberapa sektor pelanconga­n seperti aktiviti mesyuarat, insentif, persidanga­n dan pameran (MICE) serta mesyuarat bersemuka telahpun dibenarkan di seluruh negara termasuk negerinege­ri di bawah PKP.

Mengulas mengenai status PKP 2.0 yang dijadualka­n berakhir 4 Mac ini, Ismail Sabri berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu petang ini.

Beliau berkata, PKP berkemungk­inan akan ditamatkan apabila imuniti kelompok dicapai melalui pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

 ??  ?? AZMIN
AZMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia