Utusan Borneo (Sarawak)

Murid berkuranga­n, pemandu bas dan van sekolah tetap komited teruskan tugas

-

KUALA TERENGGANU: Meskipun murid yang dihantar ke sekolah pagi semalam hanya dua orang, namun tanggungja­wab sebagai pemandu van sekolah tetap dilaksanak­an dengan baik dan berdedikas­i.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha dan Pemandu Bas Sekolah Terengganu Muhammad Ayub Adam berkata, beberapa orang pemandu van berdepan situasi serupa semalam yang merupakan sesi persekolah­an secara bersemuka pertama melibatkan murid tahun satu dan tahun dua.

Muhammad Ayub bagaimanap­un berharap kemerosota­n murid yang menggunaka­n perkhidmat­an bas dan van sekolah di Terengganu akan kembali pulih apabila semua murid sekolah rendah menjalani pembelajar­an secara bersemuka bermula 8 Mac depan.

“Hari ini (semalam), hanya satu pertiga daripada 150 pengusaha bas dan van sekolah di Terengganu memulakan operasi mereka kerana permintaan masih kurang.

“Berdasarka­n makluman ahli persatuan, ramai ibu bapa sanggup mengambil dan menghantar anak ke sekolah disebabkan bimbang keselamata­n sekiranya menaiki bas atau van. Namun, kita berharap trend ini tidak akan berlarutan dan semuanya akan kembali seperti biasa tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Biarpun jumlah murid yang menggunaka­n perkhidmat­an itu merosot 30 hingga 50 peratus berbanding sebelum berlakunya pandemik COVID-19, pengusaha bas dan van sekolah ini tetap bersyukur kerana dapat kembali memulakan rutin mereka seperti biasa.

Muhammad Ayub berkata sebelum ini, ramai pemandu yang terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan lain untuk menggantik­an sumber pendapatan yang terjejas apabila sekolah ditutup tahun lepas.

“Ada yang kerja sambilan dengan syarikat kurier, ada yang berniaga makanan, buat kerja-kerja kampung, mengambil upah memotong rumput dan macam-macam usaha dilakukan demi kelangsung­an hidup,” katanya yang turut berharap kerajaan tidak terlepas pandang untuk memberi bantuan khas kepada mereka. Bagi Pengerusi Persatuan Bas dan Van Sekolah Daerah Kemaman Kamariah Abdullah, ibu bapa perlu memberi kepercayaa­n dan keyakinan untuk menggunaka­n perkhidmat­an mereka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kami akan memastikan murid memakai pelitup muka sepanjang berada dalam kenderaan dan elakkan mereka duduk terlalu rapat seperti biasa. Jika mereka boleh patuh SOP di sekolah, pasti tidak sukar untuk mereka amalkan perkara sama ketika dalam kenderaan,” katanya yang menghantar 12 murid tahun satu dan tahun dua semalam.

Kamariah yang telah 20 tahun berkecimpu­ng dalam bidang itu turut memuji langkah kerajaan membuka semula sekolah kerana sudah terlalu lama mereka hilang mata pencarian.

“Walaupun pendapatan tidak sama lagi seperti sebelum ini, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya tidak perlu lagi berniaga nasi lemak RM1 ketika sekolah ditutup sebelum ini namun sangat berharap agar kerajaan negeri sudi memberi insentif khas kepada kami seperti mana yang diterima rakan kami di Johor dan Selangor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia