Utusan Borneo (Sarawak)

CIDB peruntuk RM7 juta untuk segerakan saringan COVID-19 pekerja asing

-

PUTRAJAYA: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersetuju memperuntu­kkan RM7 juta untuk membantu syarikat pembinaan kecil dan sederhana menyegerak­an ujian saringan COVID-19 bagi pekerja asing yang berdaftar, kata Menteri Kanan (Kerja Raya) Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, walaupun terdapat program saringan COVID-19 bagi pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), syarikat pemaju perlu mendahuluk­an bayaran yang menyebabka­n syarikat kecil dan sederhana tidak mampu berbuat demikian.

Beliau menegaskan saringan COVID-19 bagi pekerja asing itu adalah usaha penting untuk mengurangk­an risiko jangkitan di tapak pembinaan.

“Sekarang ini kita lihat sektor pembinaan berjalan dengan rancak tetapi pada masa yang sama cabaran adalah pematuhan SOP (prosedur operasi standard) sebab sektor pembinaan adalah penyumbang kedua terbesar dalam kes positif COVID-19,” katanya pada sidang media selepas majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin, di sini semalam.

Menurut Fadillah, sektor pembinaan kerugian RM11.6 bilion dalam bulan pertama ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas.

 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia