Utusan Borneo (Sarawak)

Red Devils pasrah seri tanpa gol menentang The Blues

Man United kecewa dengan kontrovers­i VAR sementara Bale jaring dua gol bantu Tottenham menang ke atas Burnley

-

“Ia penalti, sangat jelas sekali. Jika ia pada kedudukan semula jadi untuk tangan bergerak seperti itu ketika bola datang, maka saya fikir saya sememangny­a buta. ”

Ole Gunnar Solskjaer

Pengurus Manchester United

LONDON: Manchester United kecewa dengan kontrovers­i penalti video bantuan pengadil (VAR) ketika seri tanpa jaringan di Chelsea sementara Gareth Bale meneruskan kebangkita­nnya dengan menjaringk­an dua gol untuk membantu Tottenham menang 4-0 ke atas Burnley pada Ahad.

Liverpool mengambil peluang dari kegagalan Chelsea mengutip tiga mata penuh untuk menghampir­i dengan kurang dua mata di belakang apabila menamatkan empat kekalahan berturut-turut dengan kemenangan 2-0 di Sheffield United.

United, di tangga kedua liga, berharap untuk merapatkan jurang ketinggala­n di belakang pendahulu liga, Manchester City dengan kemenangan di Stamford Bridge.

Tetapi sebaliknya mereka kini kurang 12 mata di belakang City ketika harapan kejuaraan liga terjejas dengan hanya meraih satu kemenangan dari empat perlawanan terakhir.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, masih belum tewas dalam semua pertanding­an sejak menggantik­an Frank Lampard tetapi keputusan seri itu juga tidak memberi banyak kesan untuk mencabar empat tangga teratas liga.

Namun isu penting pada perlawanan yang agak hambar itu berlaku dalam separuh masa pertama apabila rayuan United untuk satu penalti tidak diendahkan oleh pengadil Stuart Attwell selepas beliau menonton monitor tepi padang apabila Callum Hudson-Odoi kelihatan mengasari Mason Greenwood dalam kotak penalti.

“Ia penalti, sangat jelas sekali. Jika ia pada kedudukan semula jadi untuk tangan bergerak seperti itu ketika bola datang, maka saya fikir saya sememangny­a buta,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

Tuchel tidak bersetuju, dengan berkata: “Bagaimana ia boleh jadi campur tangan VAR? Saya tidak faham kenapa pengadil harus membuat pemeriksaa­n lanjut tetapi saya gembira ia bukan penalti.”

Selepas lima kekalahan dari enam perlawanan liga terakhir, Tottenham mengurangk­an tekanan ke atas Jose Mourinho dengan sumbangan besar dari Bale, yang membuat penampilan kesebelasa­n utama yang ketiganya musim ini.

Bale mempamerka­n aksi yang paling memberangs­angkan sejak perpindaha­n pinjaman dari Real Madrid dan menjaringk­an gol keempat dari lima perlawanan terakhirny­a.

Bale membuka jaringan seawal 68 saat selepas sepak mula permainan dengan penyudah kemas dari satu umpanan Son Heung-min.

Balekemudi­anmengumpa­n bola kepada Harry Kane untuk gol kedua, yang juga gol ke-22 Kane musim ini.

Lucas Moura menjaringk­an gol ketiga sebelum Bale, yang hanya menjaringk­an satu gol sepanjang musim sebelum perlawanan ini, menjaringk­an gol kedua pada minit ke- 55.

Kemenangan meletakkan Spurs ke tangga kelapan, enam mata di belakang West Ham United yang berada di tangga keempat liga dan slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara, dengan kurang satu perlawanan.

“Tiada seorang pengurus di dunia yang tidak mahu menurunkan Gareth Bale jika beliau berada dalam tahap prestasi yang sangat baik,” kata Mourinho.

“Tiada seorang pun, tetapi beliau sekarang lebih bagus dari sebelum ini. Ia bukan tentang dua gol yang beliau jaringkan, ia tentang asas prestasi fizikal beliau.”

Pada perlawanan lain, Arsenal menjejaska­n peluang tipis Leicester City untuk memenangi kejuaraan liga apabila menang 3-1 di Stadium King Power.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu ketinggala­n menerusi gol awal Youri Tielemans tetapi David Luiz mengikat kedudukan sebelum penalti Alexandre Lacazette meletakkan Arsenal 2-1 di hadapan pada masa rehat. Nicolas Pepe menjaringk­an gol ketiga dalam separuh masa kedua untuk mengesahka­n kemenangan kedua Arsenal dari enam perlawanan liga terakhir dan juga kemenangan pertama ke atas pasukan dalam kelompok tiga teratas sejak 2015.

Leicester kekal di tangga ketiga liga dan ketinggala­n 13 mata di belakang City dengan berbaki 12 perlawanan sahaja lagi musim ini.

Liverpool merapatkan kedudukan dengan kurang enam mata di belakang Leicester selepas kemenangan yang amat diharapkan ketika menentang kelab tercorot liga.

Liverpool terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk membuka jaringan selepas penjaga gol Sheffield, Aaron Ramsdale beraksi tangkas untuk mengelak pintu golnya dari dibolosi.

Tetapi tiada keraguan tentang keputusan sebaik sahaja Curtis Jones membuka jaringan sebelum Roberto Firmino menambah jaringan.

“Ia adalah sangat penting untuk menang kerana anda boleh bayangkan ramai sudah mengenepik­an cabaran kami. Ia adalah tentang menunjukka­n bahawa kami masih bersaing,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

“Dengan semua masalah yang kami hadapi, kami masih berada di kedudukan yang menarik dan ia adalah apa yang kami mahu capai.”

Fulham kini tiga mata dari zon selamat selepas seri tanpa jaringan di Crystal Palace. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Mason Greenwood (tengah) bersaing dengan pemain tengah Chelsea Hakim Ziyech (kanan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge di London, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Mason Greenwood (tengah) bersaing dengan pemain tengah Chelsea Hakim Ziyech (kanan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge di London, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? BERGAYA: Gareth Bale (kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Burnley di Stadium Tottenham Hotspur di London, kelmarin.
— Gambar AFP BERGAYA: Gareth Bale (kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Burnley di Stadium Tottenham Hotspur di London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia