Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Harimau Malaya tetap berlatih

-

MELAKA: Skuad kebangsaan akan tetap menjalani latihan pusat selama sepuluh hari seperti dijadualka­n bermula 20 Mac ini biarpun baki aksi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda ke Jun depan.

Pengurus pasukan Harimau Malaya Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata penangguha­n pusingan kedua aksi Kumpulan G itu juga dilihat membolehka­n pasukan kebangsaan melakukan persediaan lebih rapi dan membentuk barisan yang mantap.

Beliau berkata ia juga peluang terbaik kepada Ketua Jurulatih Kebangsaan Tan Cheng Hoe berikutan lebih setahun tidak dapat menghimpun­kan pemain bagi menjalani kem pusat ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

“Ruang ini sudah tentu akan digunakan sebaiknya oleh beliau untuk menilai senarai 23 pemain yang bakal dipanggil dan digandingk­an dalam skuad kebangsaan setelah lama berehat, tidak berada dalam satu pasukan sama dan tiada perlawanan kompetitif.

“Lebih-lebih lagi Liga Super yang akan bermula pada 5 Mac nanti, sudah tentu pemain berada pada prestasi dan momentum terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Train for Trainers di Banda Hilir di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee.

Sebelum ini, Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) dan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) mengumumka­n penangguha­n baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Kumpulan G yang sepatutnya berlangsun­g pada Mac.

Sementara itu, Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata badan induk bola sepak negara itu tidak berhasrat untuk membida sebagai tuan rumah bagi kempen kelayakan tersebut yang diadakan secara karnival pada Jun depan.

Beliau berkata ia memandangk­an kes COVID-19 yang masih belum reda selain angka kes yang direkodkan masih tinggi selain beberapa kriteria utama yang ditetapkan badan induk bola sepak Asia itu sukar untuk dipenuhi.

“Kita telah awal-awal lagi menolak hasrat terlibat dalam bidaan venue bagi perlawanan yang akan diadakan secara karnival itu kerana banyak faktor kekangan melibatkan tahap keselamata­n dan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi,” katanya.

Mengikut jadual asal, Malaysia akan menentang UAE di Dubai pada 25 Mac sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 30 Mac dan menamatkan pusingan itu dengan berdepan Thailand pada Jun.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Reezal Merican (kanan) menyempurn­akan majlis pelancaran Liga Malaysia 2021 semalam. Turut hadir Hamidin.
— Gambar Bernama LANCAR: Reezal Merican (kanan) menyempurn­akan majlis pelancaran Liga Malaysia 2021 semalam. Turut hadir Hamidin.
 ??  ?? TAN CHENG HOE
TAN CHENG HOE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia