Utusan Borneo (Sarawak)

Nafuzi optimis anak buahnya mampu pamer persembaha­n cemerlang

-

KUALA TERENGGANU: Meskipun dibarisi ramai pemain muda musim ini, Terengganu FC (TFC) optimis membawa pulang keputusan positif pada perlawanan pertama Liga Super menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.

Mengakui masih lagi mencongak kesebelasa­n utama pasukannya, pengendali TFC Nafuzi Zain berkata kesemua anak buahnya telah bersiap sedia mempamerka­n aksi terbaik nanti.

“Harapan saya pastinya bawa keputusan positif apabila bertandang ke tempat lawan, musim lepas perlawanan pertama kita tuan rumah pun kita kalah 1-3 (ke atas Perak) jadi kita harap pemain beri yang terbaik kali ini.

“Kita pun perlu nilai terlebih dahulu keupayaan UiTM FC untuk kita letakkan pemain yang sesuai dan terbaik. Setakat ini saya masih dalam proses memilih… tetapi bagi saya semua pemain sudah bersedia sama ada pemain tempatan atau import,” katanya kepada pemberita, di sini.

Nafuzi turut mengakui sehingga kini masih mencari calon yang sesuai dan layak untuk menggalas tanggungja­wab sebagai kapten skuad Penyu, melalui beberapa perlawanan persahabat­an sebelum ini.

“Sekarang pun dalam perlawanan persahabat­an kita sering bertukar-tukar (kapten) jadi keputusan akhir akan dibuat sebelum malam Sabtu ini, selepas berbincang dengan pihak pengurusan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia