Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA KOMPROMI UBAH SUAI EKZOS

Tukar kembali eksoz yang telah diubah suai agar tidak mengeluark­an bunyi bising: Alexson.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Polis tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pemilik kenderaan yang didapati mengubah suai ekzos kenderaan sehingga mengeluark­an bunyi bising.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan

Trafik (JSPT) Sarawak Superinten­den Alexson

Naga Chabu berkata, Operasi Khas Kesalahan Bunyi (Ekzos) Bising sedang dijalankan di seluruh negeri bermula 1 hingga 14 Mac ini.

Menurutnya, tindakan saman atau kenderaan disita akan diambil terhadap pemilik kenderaan sekiranya didapati melakukan pengubahsu­aian ekzos.

“Justeru, saya ingin nasihatkan semua pemilik kenderaan yang mana ekzos kenderaan mereka telah diubah suai dan mengeluark­an bunyi bising supaya menukar kembali ekzos yang asal dan tidak bising,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau turut memberitah­u, sebanyak 140 saman dikeluarka­n atas kesalahan mengubah suai ekzos sejak hari pertama operasi dijalankan sehingga Jumaat lepas.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, 97 daripadany­a merupakan kenderaan jenis motosikal, 40 kereta dan tiga lagi lain-lain jenis kenderaan.

“Sehingga semalam (Jumaat), sebanyak 2,774 kenderaan diperiksa iaitu 1,005 motosikal, 1032 kereta dan lain-lain sebanyak 737.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 140 saman dikeluarka­n atas kesalahan mengubah suai ekzos sehingga menyebabka­n bunyi bising,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang turut sama dalam operasi bersepadu tersebut juga ada mengeluark­an notis kompaun atas kesalahan yang sama iaitu sebanyak 27 notis.

Selain itu, terdapat sebanyak 579 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaa­n operasi tersebut setakat ini.

“Antara kesalahan yang disaman ialah tidak memakai tali pinggang keledar sebanyak 23 saman, ubah suai struktur kenderaan (71), muatan berbahaya (58), tiada lesen memandu (59), nombor pendaftara­n tidak mengikut piawaian (69) dan nombor pendaftara­n ‘fancy’ sebanyak 71 saman.

“Untuk kesalahan lampu brek tidak menyala pula mencatatka­n sebanyak 36 saman, tidak memakai topi keledar (30), menggunaka­n alat telekomuni­kasi (21), tiada cermin sisi (54), tidak pamer ‘P’ (28) dan LKM tamat tempoh sebanyak 24 saman,” katanya.

Sementara itu katanya, sebanyak 15 motosikal dan sebuah kereta disita untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Semua operasi dijalankan dengan cara sekatan jalan raya, pemeriksaa­n mengejut dan dengan cara rondaan tahan serta periksa. Semua operasi berjalan dengan lancar,” katanya.

 ??  ?? TEGAS: Sekatan jalan raya yang dilakukan anggota JSPT IPD Padawan
untuk mengesan kenderaan yang diubah suai ekzos.
TEGAS: Sekatan jalan raya yang dilakukan anggota JSPT IPD Padawan untuk mengesan kenderaan yang diubah suai ekzos.
 ??  ?? UJI: Kakitangan JAS sedang menguji ekzos sebuah lori yang ditahan
dalam operasi tersebut.
UJI: Kakitangan JAS sedang menguji ekzos sebuah lori yang ditahan dalam operasi tersebut.
 ??  ?? ALEXSON
ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia