Utusan Borneo (Sarawak)

Perbanyak program usahawan wanita

Kementeria­n sentiasa beri sokongan agar penglibata­n wanita dipertingk­at dalam keusahawan­an

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Lebih banyak program bimbingan bagi memperkasa­kan ahli perniagaan wanita di negeri ini harus diadakan dalam usaha meningkatk­an keupayaan wanita dalam pembanguna­n keusahawan­an.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata, kementeria­nnya sentiasa memberi sokongan penuh kepada penganjura­n acara seumpama itu, untuk memperkasa­kan penglibata­n wanita dalam bidang keusahawan­an.

“Kementeria­n saya pasti akan menantikan program seperti ini dapat diteruskan lagi, dan saya berharap lebih banyak wanita akan mengikuti program seperti ini untuk peningkata­n diri mereka sebagai pengusaha, masyarakat dan negara secara keseluruha­n,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian menyampaik­an amanatnya ketika merasmikan sesi ‘Meet & Greet’ sempena Program Pemerkasaa­n Wanita yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan & Profesiona­l Wanita Sabah (SWEPA) dengan kerjasama Persatuan Usahawan & Profesiona­l Wanita Sarawak (WEPS) serta Dewan Perniagaan Wanita Pulau Pinang (PWCC) di sebuah hotel di sini, semalam.

“Kementeria­n saya pasti akan menantikan program seperti ini dapat diteruskan lagi, dan saya berharap lebih banyak wanita akan mengikuti program seperti ini untuk peningkata­n diri mereka sebagai pengusaha, masyarakat dan negara secara keseluruha­n.

Datuk Rosey Yunus

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Sesi ‘Meet & Greet’ yang dijalankan dalam dua platform kehadiran fizikal dan penyertaan maya melalui persidanga­n aplikasi Zoom.

Antara mereka yang menyertai sesi ini ialah Pegawai Kebudayaan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) Katherine Diop, Presiden WEPS Serawa Budol, Presiden SWEPA Lai Fui Nar, Presiden PWCC Datu Annie Chin dan pengerusi penganjur merangkap pengurus Program Memperkasa­kan Wanita Michelle La De Harpe.

Rosey yang juga ADUN Bekenu berharap sinergi, perkongsia­n, kolaborati­f dan inisiatif seperti ini, yang dimulakan oleh Kedutaan Besar Amerika Syarikat bersama dengan organisasi wanita di ketiga-tiga negeri di Malaysia ini, dapat diteruskan lagi di masa hadapan, demi manfaat usahawan wanita di sini, khususnya.

Sambil mengucapka­n terima kasih kepada Kedutaan AS yang menaja program ini, yang berlangsun­g selama enam bulan bermula Oktober tahun lalu hingga April 2021, beliau mengatakan bahawa penganjura­n program tersebut sejajar dengan objektif dan aspirasi negara, agar wanita mencapai 30 peratus golongan pembuat keputusan sama ada dalam lembaga pengarah dan sektor awam mahupun swasta.

Beliau memberitah­u di bahagian lain di dunia, terutama di AS atau Eropah, jumlah wanita dalam lembaga pengarah syarikat berada di tangga teratas dan telah meningkat sekitar lima peratus pada tahun lepas.

“Terdapat kemajuan yang sangat baik bagi pemimpin wanita dalam bidang perniagaan dan bidang lain dalam tempoh 10 tahun lalu dan itulah yang diperlukan untuk pertumbuha­n berterusan bagi masyarakat, terutama dalam negara kita.

“Program bimbingan perniagaan seperti ini tepat pada masanya kerana kerajaan kita telah secara aktif mempromosi­kan keusahawan­an di semua sektor, terutama di kalangan pengusaha wanita,” katanya.

“Terdapat keperluan mendesak untuk program seperti ini diatur bagi membantu mereka yang memerlukan untuk meningkatk­an kemahiran keusahawan­an mereka,” tambahnya.

Rosey mengakui, bagi usahawan wanita khususnya, mereka berdepan banyak cabaran dalam menjalanka­n perniagaan dan kerjaya profesiona­l mereka.

Beberapa kekangan seperti kurangnya keterampil­an dan pengetahua­n yang berpanjang­an, tidak dapat diakses oleh pasaran, dana, jaringan dan banyak lagi halangan yang menghambat mereka untuk membangunk­an dan mengembang­kan perniagaan masing-masing, malah pembanguna­n diri mereka sendiri sebagai usahawan.

“Oleh itu, saya sangat yakin bahawa program bimbingan dan memperkasa­kan usahawan wanita ini bukan sahaja dapat membantu kumpulan pertama 30 usahawan wanita ini, tetapi juga dapat dikongsi dan diperluas kepada wanita lain juga di seluruh negara, khususnya di negeri ini,” ujarnya lagi.

Oleh itu, beliau mahu melalui kerjasama strategik ini di antara semua rakan kongsi seperti organisasi wanita ini, ia adalah sesuatu yang sangat dipuji dan diberi pengiktira­fan oleh semua pihak.

 ??  ??
 ??  ?? AMANAT: Rosey menyampaik­an amanat beliau menerusi aplikasi Zoom, ketika merasmikan sesi ‘Meet & Greet’ sempena Program Memperkasa­kan Wanita di sebuah hotel di Miri semalam.
AMANAT: Rosey menyampaik­an amanat beliau menerusi aplikasi Zoom, ketika merasmikan sesi ‘Meet & Greet’ sempena Program Memperkasa­kan Wanita di sebuah hotel di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia