Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 221 KES, TIGA KEMATIAN DI SARAWAK SEMALAM

-

KUCHING: Tiga lagi kematian melibatkan jangkitan COVID-19 direkodkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kematian meningkat kepada 87 orang di Sarawak.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kematian pertama membabitka­n seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang mendapat rawatan di Hospital Miri kerana mengalami sesak nafas.

Mangsa yang berumur 42 tahun itu katanya, juga mengalami gejala demam dan batuk.

“Saringan ujian dengan rapid molecular adalah positif COVID-19 pada 24 Februari. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 5 Mac. Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung iskemia, darah tinggi, kencing manis, gout dan dislipidem­ia,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Menurut JPBNS, kes kematian kedua melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 53 tahun yang dirujuk ke Hospital Bintulu dari sebuah hospital swasta apabila saringan ujian rapid test kit antigen adalah positif COVID-19.

“Kes mempunyai gejala batuk dan demam beberapa hari sebelum ini. Ujian saringan dengan rT-PCR adalah positif pada 2 Mac. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 5 Mac. Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis dan obesiti,” jelasnya.

Manakala kes kematian ketiga pula katanya, membabitka­n seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) yang mendapat rawatan di Hospital Sibu dan kes mempunyai gejala seperti batuk dan demam beberapa hari sebelum itu.

“Saringan Ujian rT-PCR bagi mangsa berusia 58 tahun ini adalah positif COVID-19 pada 21 Januari. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 5 Mac. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidem­ia,” katanya.

Sementara itu, turut dilaporkan jumlah kes baharu COVID-19 di seluruh Sarawak semalam sebanyak 221 kes dengan Sibu merekodkan jumlah tertinggi iaitu 79 kes.

“Bintulu mencatatka­n 33 kes, Betong (32), Kuching (17), Kapit (12), Julau (10), Serian (10), Meradong (8), Miri (5), Sebauh (5), Bau (3), Selangau (3), Pusa (2), Sarikei (1) dan Tatau (1),” jelasnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 10,895 kes.

“Hari ini (semalam) juga 225 individu disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan empat PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia