Utusan Borneo (Sarawak)

PGA berkas ‘tekong darat’ bersama empat PATI

Tangkapan dibuat susulan penahanan sebuah kereta di Bunan Gega, Serian pada Khamis lepas

- Oleh Jeremy Lanson

Pemeriksaa­n mengesyaki lelaki tempatan terbabit merupakan ‘tekong darat’ dan empat warga Indonesia yang ada di dalam kereta tersebut juga didapati gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan yang sah.

SAC Mancha Ata

Komander PGA Briged Sarawak

SERIAN: Seorang lelaki disyaki ‘tekong darat’ ditangkap bersama empat pendatang asing tanpa izin (PATI) di Bunan Gega di sini pada Khamis lepas.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak SAC Mancha Ata berkata tangkapan dilakukan selepas anggotanya terserempa­k dengan sebuah kereta yang mencurigak­an iaitu sekitar jam 8 malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat lima lelaki di dalam kereta tersebut dan seorang daripada didapati warga tempatan.

“Pemeriksaa­n mengesyaki lelaki tempatan terbabit merupakan ‘tekong darat’ dan empat warga Indonesia yang ada di dalam kereta tersebut juga didapati gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil soal siasat juga mendapati ‘tekong darat’ terbabit meminta PATI membayar RM500 seorang untuk dihantar ke satu lokasi yang dijanjikan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

‘Tekong darat’ bersama PATI kemudian dtangkap dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan selanjutny­a.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, di Kampung Bunan Gega juga pasukan operasi menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki menunggang motosikal curi.

Mancha memberitah­u, suspek berusia 38 tahun dilihat mencurigak­an dan kemudian ditahan untuk pemeriksaa­n iaitu sekitar jam 11 pagi hari Khamis.

“Semakan nombor pendaftara­n motosikal yang digunakan suspek mendapati ia pernah dilaporkan hilang,” katanya.

Suspek kemudian ditahan dan motosikal dirampas untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? TUMPAS: ‘Tekong darat’ bersama 4 PATI ditangkap di Bunan Gega, Serian.
TUMPAS: ‘Tekong darat’ bersama 4 PATI ditangkap di Bunan Gega, Serian.
 ??  ?? BERKAS: Suspek ditangkap menunggang motosikal curi.
BERKAS: Suspek ditangkap menunggang motosikal curi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia