Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang maut, lima cedera dalam nahas van dan lori

-

JULAU: Seorang maut manakala empat lelaki dan seorang wanita sarat mengandung cedera setelah van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Rantau Abau, Nanga Entabai, Julau petang kelmarin.

Kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 5.19 petang daripada polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Julau.

“Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira 69 kilometer dari balai.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati kemalangan itu membabitka­n dua kenderaan iaitu sebuah van dinaiki enam penumpang dengan sebuah lori tanpa muatan.

“Lima penumpang termasuk seorang wanita mengandung dikeluarka­n oleh orang awam sebelum ketibaan bomba, manakala bomba hanya bertindak mengeluark­an seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di dalam van itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sejurus berjaya dikeluarka­n, mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kejadian. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia.

“Mangsa lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Mawan Belaja, 56. Dua mangsa cedera termasuk wanita mengandung dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatka­n rawatan.

“Manakala yang lain dibawa ke klinik kesihatan berhampira­n untuk mendapatka­n rawatan selanjutny­a,” jelas beliau.

Dipercayai ketika kejadian, van terbabit dari arah Pekan Julau manakala lori dari arah bertentang­an.

Punca kemalangan masih dalam siasatan polis.

 ??  ?? MALANG TIDAK BERBAU: Anggota bomba berusaha mengeluark­an seorang lelaki yang masih tidak sedar di dalam van tersebut.
MALANG TIDAK BERBAU: Anggota bomba berusaha mengeluark­an seorang lelaki yang masih tidak sedar di dalam van tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia