Utusan Borneo (Sarawak)

JKN Sarawak isytihar Kluster Bukit Tunggal di Daerah Julau

-

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak semalam mengisytih­arkan satu kluster baharu di Daerah Julau iaitu Kluster Bukit Tunggal.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kluster komuniti ini melibatkan dua rumah panjang di Nangga Lioh dan Nangga Sebuntang di kawasan Bukit Tunggal, Durin, Julau.

“Indeks kes kepada kluster ini merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 69 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala di klinik kesihatan pada 25 Februari.

“Perebakan jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduk di Bukit Tunggal ini dipercayai melibatkan aktiviti gotong-royong menuai padi sawah,”katanya menerusi satu kenyataan semalam.

JPBNS menambah, hasil siasatan awal dan pengesanan kes secara aktif di dua rumah panjang tersebut, seramai 28 kes tambahan telah dikesan.

“Dengan itu, dua rumah panjang di Nangga Lioh dan Nangga Sebuntang telah diletakkan di bawah sekatan pergerakan untuk tempoh 14 hari mulai 1 Mac 2021,” katanya.

Ujar JPBNS lagi, sehingga 6 Mac jam 12 tengah hari, sejumlah 139 telah disaring dengan 29 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.

“Manakala 94 adalah individu negatif dan 16 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Dengan penambahan satu kluster baharu itu semalam, kata JPBNS, terdapat 26 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak.

Selain Kluster Bukit Tunggal, Julau, katanya Kluster Jalan Muhibbah, Betong juga mencatatka­n penambahan 31 kes, Kluster Emperoh Jambu, Kuching (penambahan 11 kes) dan Kluster Sungai Bakong, Meradong (penambahan 2 kes) semalam.

“Manakala kluster lain yang tiada mencatatka­n penambahan kes ialah Kluster Buloh, Selangau; Kluster Gelong, Kapit; Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching; Kluster Jalan Green, Kuching; Kluster Kejatau, Sri Aman; Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan; Kluster Jan Yong, Kapit; Kluster Geronggang, Sibu; Kluster Mas Merah, Sibu dan Kluster Univista, S am arahan ,” katanya.

Turut tiada merekodkan penambahan kes Kluster Kidurong Dua, Bintulu; Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Seruas, Beluru; Kluster Sebangkoi, Sri Aman; Kluster Jun Heng, Bintulu; Kluster Bintang Daily, Meradong; Kluster Jalan Pengiran, Matu; Kluster Tabong, Bau; Kluster Indah Riang, Kuching; Kluster Rakut, Miri; Kluster Jelita, Miri; Kluster Pasai, Sibu dan Sub-Kluster Tangap (Subis).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia