Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan takut ambil vaksin, Lee seru semua mendaftar

-

KUCHING: Masalah bekalan air di beberapa kawasan di Daerah Sri Aman bakal diatasi selepas kerja-kerja naik taraf sistem bekalan air sedia ada siap dilaksanak­an kelak.

Menteri Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, antara projek yang sedang dilaksanak­an ketika ini ialah naik taraf kapasiti pengeluara­n air di Bayai, Sri Aman dengan kos RM21 juta yang dijangka siap pada Mei tahun ini.

“Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) juga sedang dilaksanak­an di kawasan Batu Lintang Undop dengan peruntukan RM42 juta daripada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

“Projek ini akan memberi kemudahan bekalan air terawat kepada rumah panjang dan kampung di kawasan Batu Lintang dan Ulu Paku, Undop,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja dan sesi dialog bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sri Aman, kelmarin.

Mengenai masalah bekalan air di kawasan Menalang dan Sungai Tenggak katanya, ia berpunca daripada bentuk muka bumi dengan kawasan tanah tinggi yang menyebabka­n tekanan air rendah.

Jabatan katanya, juga melakukan penggantia­n paip di sekitar Bandar Simanggang bagi mengatasi masalah bekalan air di sekitar bandar itu.

Antara yang telah siap diganti ialah di kawasan Kampung Teratai ke Taman Teratai, Jalan Brayun, Pasar Baharu Sri Aman, kawasan Taman Nanang di lot kedai baru dan di kawasan RPR.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menjelaska­n kepada penduduk usaha JBALB membekalka­n air terawat adalah berterusan.

MIRI: Pengambila­n vaksin bukan sahaja melindungi penerima tetapi orang di sekeliling mereka dari bahaya jangkitan.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin berharap rakyat untuk tidak berasa takut terhadap pengambila­n vaksin selain berasa yakin akan keberkesan­annya.

“Kita jangan takut mengambil vaksin. Oleh itu, saya menyeru semua kita untuk mendaftar mendapatka­nnya,” jelas Lee.

Lee yang juga Menteri Bertanggun­gjawab untuk Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri meminta rakyat untuk segera mendaftar terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahter­a.

Lee yang juga ADUN Senadin merupakan antara kumpulan pertama dari kalangan petugas barisan hadapan dan ketua jabatan menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada petang semalam.

Program telah diadakan di Eastwood Valley Golf and Country Club bermula jam 3 petang semalam. Program turut diadakan di Dewan Dato Permaisuri di Permyjaya.

“Tiada rasa sakit dan semua proses berjalan dengan lancar. Semua berjalan tepat pada waktunya,” tambah beliau.

Lee berkata, beliau menerima dos kedua suntikan pada 27 Mac, iaitu 21 hari selepas pengambila­n dos pertama.

Sehubungan itu, Lee meminta penduduk Miri untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan arahan pihak berkuasa untuk memutuskan rantaian jangkitan dan mengembali­kan Miri kepada Zon Hijau.

 ??  ?? SUNTIKAN: Lee menerima suntikan vaksin COVID-19 ketika program vaksinasi di Eastwood Valley semalam.
SUNTIKAN: Lee menerima suntikan vaksin COVID-19 ketika program vaksinasi di Eastwood Valley semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia