Utusan Borneo (Sarawak)

Pengamal perubatan swasta syukur disenarai dalam fasa pertama imunisasi

-

KUCHING: Pengamal perubatan swasta bersyukur dimasukkan dalam fasa pertama vaksinasi petugas hadapan COVID-19.

Presiden Kesatuan Pengamal Perubatan Swasta Sarawak Dr Liew Shan Fap berterima kasih kepada kerajaan negeri, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Jabatan Kesihatan Negeri dan Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing atas inisiatif ini.

Inisiatif ini katanya, memperkuku­hkan lagi semangat kerjasama awam-swasta di Sarawak.

“Bukan sahaja doktor, tetapi juga pekerja jagaan kesihatan perubatan, jururawat dan kakitangan lain seperti kakitangan kaunter depan yang berisiko tinggi terdedah kepada pesakit COVID-19 juga dimasukkan dalam fasa pertama program vaksinasi ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima dos pertama vaksin COVID19 di Stadium Perpaduan Negeri semalam.

Tambahnya, sejak vaksinasi bermula di sini, kerajaan negeri dan JPBNS telah melaksanak­an kerja yang sangat baik.

“Sarawak lakukan dengan baik pelancaran pemvaksina­n COVID-19 dan mendahului jumlah petugas hadapan yang divaksin berbanding negeri lain,” katanya.

Ditanya bagaimana beliau rasakan selepas menerima suntikan, Dr Liew berkata beliau berasa baik dan tidak rasa sebarang sakit.

“Tiada rasa sakit setakat ini, saya percaya kerana dos ini sangat kecil dan jarum sangat kecil.

“Jadi saya rasa saya akan menggalakk­an setiap orang untuk datang untuk suntikan, jangan risau, tidak sakit. Setiap orang harus menerima vaksin untuk melindungi diri dan orang lain,” katanya.

Ujarnya lagi, matlamat negeri untuk menyelesai­kan vaksinasi pada Ogos 2021, enam bulan lebih awal dari sasaran negara iaitu Februari 2022.

Fasiliti jagaan kesihatan swasta termasuk hospital swasta dan klinik pengamal perubatan am bersedia untuk dimasukkan sebagai pusat vaksinasi bagi fasa kedua dan ketiga program pemvaksina­n, katanya.

Jelasnya, aspek yang paling penting program vaksinasi ini ialah penerimaan umum oleh kerana 70 peratus daripada populasi perlu divaksin untuk mencapai imuniti kelompok.

“Memandangk­an individu 18 tahun ke bawah terkecuali bagi pemvaksina­n, kita perlukan kadar penyertaan yang tinggi untuk mencapai sasaran ini. Ketika ini, kita ada tiga vaksin yang diluluskan oleh Kementeria­n Kesihatan bagi penggunaan di Malaysia, Pfizer BioNTech, AstraZenec­a dan Sinovac.

“Vaksin ini terbukti selamat dan sangat efektif, hampir 100 peratus dalam mencegah komplikasi serius jangkitan COVID-19 seperti radang paru-paru, kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kematian,” ujarnya.

Kesan sampingan vaksin hampir kecil, kesan sampingan paling merisaukan alahan dan anaphylaxi­s yang jarang berlaku, katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa semua orang untuk datang mendapatka­n vaksin melainkan mempunyai kontraindi­kasi.

 ??  ?? PRIHATIN: Shamshor (kanan) ketika menyertai program derma darah di Sibu.
PRIHATIN: Shamshor (kanan) ketika menyertai program derma darah di Sibu.
 ??  ?? VAKSINASI: Dr Liew menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan Negeri semalam.
VAKSINASI: Dr Liew menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia