Utusan Borneo (Sarawak)

Jejantas ikonik bakal menjadi mercu tanda baharu Limbang

Projek bernilai RM4.5 juta dijangka siap pada hujung tahun depan

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Projek jejantas sepanjang 400 meter menghubung­kan Jalan Kubu dan Taman Tasik Bukit Mas (TTBM) bernilai RM4.5 juta bakal menjadi satu lagi mercu tanda di Daerah Limbang apabila siap pada penghujung 2022.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek itu satu lagi kemudahan untuk pejalan kaki dari Tebingan Sungai Limbang ke TTBM.

“Projek ini penting kerana menghubung­kan TTBM ke

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak

Tebingan Sungai Limbang tanpa menyeberan­gi jalan raya.

“Projek ini apabila siap nanti mampu menjamin keselamata­n pejalan kaki yang tidak perlu menyeberan­gi jalan utama di kawasan itu,” katanya ketika ditemui media

pada penyerahan surat projek kepada kontraktor, semalam.

Mengiringi beliau ialah Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan wakil Setiausaha MDL Mohammad Syamil Jumain.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi, jejantas itu akan menjadi tarikan ikonik baharu di Limbang dengan reka bentuk yang cantik dan menarik.

“Kemudahan ini amat penting kepada pejalan kaki yang ingin menikmati bandar Limbang dan terus beriadah ke TTBM, selain menikmati prasarana pelanconga­n sedia ada berhampira­n seperti Muzium WilayahLim­bangdanMuz­ium Pembanguna­n Pentadbira­n Limbang,” katanya lagi.

Jelasnya, kemudahan itu penting bagi menghidupk­an lagi kegiatan sosioekono­mi dan pelanconga­n di bandar Limbang.

Projek ini apabila siap nanti mampu menjamin keselamata­n pejalan kaki yang tidak perlu menyeberan­gi jalan utama di

” kawasan itu.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail

 ??  ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Dr Abdul Rahman (tiga kanan) menyerahka­n surat projek kepada kontraktor sambil disaksikan Sufian (dua kanan) dan Syamil (kanan).
KEMUDAHAN RAKYAT: Dr Abdul Rahman (tiga kanan) menyerahka­n surat projek kepada kontraktor sambil disaksikan Sufian (dua kanan) dan Syamil (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia