Utusan Borneo (Sarawak)

50,000 penduduk DUN Demak Laut nikmati manfaat menerusi pembanguna­n terancang

-

KUCHING: Kira-kira 50,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut menikmati manfaat menerusi pembanguna­n yang terancang di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, sejak dari dahulu lagi kawasan luar bandar di Sarawak tidak pernah dipinggirk­an mahupun diabaikan.

Tegasnya, ia dapat dilihat menerusi pelbagai inisiatif dan tindakan yang telah dilakukan Kerajaan Sarawak dengan mengambil contoh pembanguna­n di kawasan DUN Demak Laut.

“Sehingga hari ini, lebih 50,000 penduduk di kawasan DUN Demak Laut telah menikmati manfaat pembanguna­n infrastruk­tur yang terancang seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik, sekolah, klinik, kawasan perumahan baru, jambatan, kemudahan rekreasi dan peluang menjana ekonomi.

“Ini termasuk Jambatan Bako yang siap pada 2018 telah memberi manfaat besar kepada penduduk Bako dan sekitarnya, manakala Jambatan Tanjung Bako-Sejingkat pula kini dalam proses pembinaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Dr Hazland, selain itu, tiga Projek Perumahan Rumah Spektra di Muara Tebas, Muara Tabuan dan Sejingkat yang telah diluluskan Kerajaan Sarawak untuk keperluan rakyat kini sedang dalam proses pelaksanaa­n.

Jelasnya lagi, kemudahan riadah seperti gelanggang futsal, sepak takraw dan padang bola sepak turut disediakan serta cadangan pembinaan Medan Selera Bako dan gerai di kampungkam­pung akan dilaksanak­an dalam Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) 2021.

Malah, beliau sebelum ini menyaksika­n penyerahan Projek Bina Jalan Lot Baharu Kampung Muara Tebas yang bernilai RM300,000.

Kata beliau, projek tersebut kini telahpun siap 50 peratus bermula pada 7 Januari lepas yang mengambil masa 12 minggu dan dijangka siap pada 31 Mac 2021.

Mengulas lanjut, Dr Hazland menjelaska­n dalam tempoh sepuluh tahun ini, telah banyak perubahan positif telah dilaksanak­an di DUN

Demak Laut menerusi pembaikan dan naik taraf infrastruk­tur demi keselesaan dan kesejahter­aan penduduk.

“Semua pembanguna­n ini adalah untuk rakyat dan mahu setiap rakyat menggunaka­n peluang untuk meningkatk­an taraf hidup dan sosioekono­mi penduduk.

“Inilah hasrat Kerajaan Sarawak yang mahukan penduduk di kawasan luar bandar turut menikmati pembanguna­n secara saksama seperti di kawasan bandar supaya jurang pembanguna­n dapat dikurangka­n,” ujarnya.

 ??  ?? TURUN PADANG: Dr Hazland melawat tapak Projek Bina Jalan Lot Baharu Kampung Muara Tebas.
TURUN PADANG: Dr Hazland melawat tapak Projek Bina Jalan Lot Baharu Kampung Muara Tebas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia