Utusan Borneo (Sarawak)

MDL sudah diminta segera bersih parit tersumbat di Taman Sri Patiambun

-

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) sudah diminta untuk segera melakukan kerja-kerja pembersiha­n parit bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap berlaku di perumahan Taman Sri Patiambun di sini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, MDL merupakan agensi bertanggun­gjawab terhadap kerja-kerja penyelengg­araan kawasan parit di kawasan perumahan di sini juga akan melihat punca berlakunya kejadian banjir kilat yang tidak pernah berlaku sebelum ini di kawasan terbabit.

“Kita bersimpati dengan masalah yang dihadapi penduduk di Taman Sri Patiambun

yang berdepan banjir kilat apabila hujan lebat berlaku sejak kebelakang­an ini sehingga menimbulka­n kesukaran kepada mereka.

“Pada masa ini, MDL memberi komitmen untuk membuat pembersiha­n kawasan parit di kawasan terjejas,” katanya ketika ditemui media ketika melawat perumahan Taman Sri Patiambun, semalam.

Mengiringi beliau ialah Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat dan wakil Setiausaha MDL Mohammad Syamil Jumain.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi, masalah banjir kilat itu berlaku disebabkan keadaan parit tersumbat akibat hakisan tanah yang menyebabka­n parit ditimbuni pasir.

“Masalah ini kemungkina­n disebabkan masalah parit tersumbat dan mungkin juga disebabkan faktor lain, terutama saliran air keluar (outlet), sebab itulah kita perlu melihat masalah ini secara holistik,” ujarnya lagi.

Dr Abdul Rahman juga mahu Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) membantu MDL mengenal pasti terdapatny­a outlet di kawasan parit berkenaan.

Pada malam Khamis lepas, beberapa kediaman penduduk di kawasan itu dinaiki air sehingga air memasuki rumah penduduk akibat hujan lebat.

Penduduk juga mahu pihak berkaitan menangani masalah banjir kilat yang kerap berlaku disebabkan keadaan parit tersumbat.

 ??  ?? TINJAU MASALAH: Dr Abdul Rahman (kiri), Sufian (tiga kiri) dan Syamil (kanan) melihat keadaan parit yang tersumbat di perumahan Taman Sri Patiambun semalam.
TINJAU MASALAH: Dr Abdul Rahman (kiri), Sufian (tiga kiri) dan Syamil (kanan) melihat keadaan parit yang tersumbat di perumahan Taman Sri Patiambun semalam.
 ??  ?? MENDERMA DARAH: Orang ramai memberi sokongan pada kempen derma darah anjuran Kelab Lions Sibu.
MENDERMA DARAH: Orang ramai memberi sokongan pada kempen derma darah anjuran Kelab Lions Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia