Utusan Borneo (Sarawak)

Peti, buku log lawatan jadi kaedah KPDNHEP bendung penyelewen­gan petrol, diesel

-

KOTA BAHRU: Pelaksanaa­n peti dan buku log lawatan penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di stesen-stesen minyak yang berada di sempadan negara menjadi satu lagi kaedah bagi membendung aktiviti penyelewen­gan dan penyeludup­an petrol dan diesel bersubsidi.

Menterinya Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peti dan buku log ini membolehka­n penguat kuasa KPDNHEP membuat pemantauan aktiviti kenderaan asing yang masuk untuk mengisi minyak di stesen yang berada di sempadan negara.

Beliau berkata, jualan minyak di stesen-stesen ini perlu dikawal rapi, kerana kerajaan tidak mahu kenderaan asing masuk ke dalam negara dan sewenang-wenangnya mengambil peluang untuk mengisi minyak sehingga penuh tangki semata-mata kerana harga minyak di negara jiran yang lebih mahal.

“Selain memantau kehadiran kenderaan asing bagi tujuan mengisi minyak, penguatkua­sa KPDNHEP juga boleh memantau aktiviti-aktiviti di stesen-stesen minyak ini,” katanya dalam sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Pelaksanaa­n Peti dan Buku Log Lawatan Penguatkua­sa KPDNHEP di Stesen-stesen Minyak berhampira­n sempadan negara, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP Dr Alauddin Sidal serta Pengarah Penguatkua­saan KPDNHEP Azman Adam.

Sebagai rekod, terdapat 281 stesen minyak yang terletak berhampira­n sempadan negara setakat November lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Nanta (kanan) melihat paparan skrin pada pam minyak selepas Pelancaran Pelaksaan Peti dan Buku Log Lawatan Penguatkua­sa KPDNHEP Di Stesen-Stesen Minyak Berhampira­n Sempadan Negara di Stesen Minyak Petronas Pasir Pekan, Tumpat semalam. Turut sama Azman (kiri).
— Gambar Bernama TINJAU: Nanta (kanan) melihat paparan skrin pada pam minyak selepas Pelancaran Pelaksaan Peti dan Buku Log Lawatan Penguatkua­sa KPDNHEP Di Stesen-Stesen Minyak Berhampira­n Sempadan Negara di Stesen Minyak Petronas Pasir Pekan, Tumpat semalam. Turut sama Azman (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia