Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n kes seludup burung murai di Malaysia cetus kebimbanga­n

-

JOHOR BAHRU: Peningkata­n dalam kes-kes penyeludup­an burung murai di Malaysia tahun lepas menimbulka­n kebimbanga­n mengenai kemungkina­n ancaman kepupusan Burung Murai Kampung Copsychus saularis, spesis yang mudah ditemukan di Malaysia dan negara serantau.

Menerusi satu laporan yang diterbitka­n bersama The Wildlife Trade Monitoring Network (TRAFFIC) dan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kelmarin, terdapat lonjakan paling ketara berlaku pada tahun 2020, yang menyaksika­n 17,736 atau 66 peratus dari jumlah keseluruha­n 26,950 ekor burung berjaya dirampas semasa cuba diseludup sepanjang tempoh 2015 hingga 2020.

Berdasarka­n laporan itu, pemantauan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan juga menunjukka­n terdapat situasi tidak sihat apabila wujud permintaan burung Murai Kampung di dalam negara dan juga luar negara bagi pasaran antarabang­sa yang jauh lebih besar, khususnya Indonesia yang mampu mendorong kepada pemburuan yang tinggi dalam negara, yang boleh mengakibat­kan kepupusan.

“Dengan menggunaka­n harga permintaan minimum RM7 dan maksimum RM450 - berdasarka­n kajian perdaganga­n dalam talian oleh TRAFFIC pada tahun 2019 dan 2020, dan memandangk­an burungburu­ng yang dirampas ini disyaki berasal dari Malaysia, anggaran nilai kesemua burung yang dirampas dianggarka­n berjumlah sekitar RM188,640 – RM12,127,500.

“Sebanyak 17,314 (64 peratus) daripada kesemua burung yang dirampas (bagi tempoh 2015-2020) melibatkan kes penyeludup­an dari Malaysia ke Indonesia dan ia menunjukka­n populasi burung Murai Kampung di Malaysia semakin banyak disasar untuk memenuhi permintaan di negaranega­ra jiran, khususnya Indonesia,” kata laporan itu.

Daripada 44 kes rampasan, 20 berlaku di Indonesia, 23 di Malaysia (melibatkan 17,997 burung) dan satu di Singapura, dengan semua 23 rampasan Malaysia melibatkan kes di negeri Johor, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Justeru itu, Pengarah TRAFFIC Asia Tenggara Kanitha Krishnasam­y, dalam laporan itu turut mencadangk­an agar kerjasama erat di antara Malaysia dan Indonesia perlu diutamakan dalam usaha menyiasat dan mematahkan rangkaian penyeludup­an yang mendorong perdaganga­n haram burung selain mencadangk­an penambahba­ikan undang-undang bagi memastikan Murai Kampung mendapat perlindung­an yang setara di seluruh negara.

Ketika ini, burung Murai Kampung hanya disenaraik­an sebagai spesis terlindung di dalam Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar Sabah 1997, dan bukan di bawah perundanga­n hidupan liar di Semenanjun­g Malaysia atau Sarawak.

Katanya, gejala penyeludup­an dan pemerdagan­gan burung Murai boleh dicegah jika sistem pengawalse­liaan yang lebih kukuh dapat diwujudkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia