Utusan Borneo (Sarawak)

ATP Rotterdam: Tsitsipas tewaskan Khachanov

-

ROTTERDAM: Stefanos Tsitsipas pemain separuh akhir di Terbuka Australia bulan lalu, berjaya melangkah ke empat akhir kejohanan ATP Rotterdam pada hari Jumaat dengan kemenangan 4-6, 6-3, 7-5 ke atas Karen Khachanov.

Di ranking ke enam, Tsitsipas kembali dengan 3-1 dalam set terakhir dan menewaskan pesaing Rusia dalam lima permainan lalu mara ke suku akhir.

“Beliau bermain dengan hebat dan saya tidak yakin boleh menumpaska­nnya,” kata Tsitsipas yang setakat ini telah menyingkir­kan 46 pemenang termasuk Khachanov.

“Kami bersaing sengit dan kualiti permainan amat cemerlang. Kamu perlu bertenang ketika bermain tiga set. Saya telah menjuarai banyak perlawanan dan berpengala­man, ia memberi idea untuk menangani saat getir seperti ini.”

Tsitsipas mengalahka­n Rafael Nadal dalam perebutan ke separuh akhir Terbuka Australia namun tewas di tangan Daniil Medvedev, yang kini telah tersingkir dalam pusingan awal sebagai pilihan utama di Rotterdam.

Pilihan kedua Greece itu kemudianny­a akan bersemuka dengan pemain pilihan keempat Rusia Andrey Rublev yang telah menempa kemenangan ke atas Jeremy Chardy 7-6 (7/2), 6-7(2/7), 6-4.

Dalam perlawanan lain, Rublev mengulas “bersaing dengan Jeremy merupakan permainan yang sukar,” ketika ditemuduga.

“Saya akan berusaha sebanyak yang boleh bagi persiapan untuk esok. Stefanos juga mengharung­i dua permainan yang mencabar dalam minggu ini.”

Rublev dan Chardy telah membelasah seramai 80 orang pesaing setakat perlawanan suku akhir mereka.

Sementara itu, Borna Coric dari Croatia menang ke atas Kei Nishikori pemain kelahiran Jepun 7-6 (7/2), 7-6 (7/4) dan bakal berentap dengan pemain Hungary Marton Fucsovics untuk merebut slot akhir.

Fucsovics pula telah mengatasi Tommy Paul dari Amerika Syarikat 6-4, 6-3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia