Utusan Borneo (Sarawak)

Thiam mendominas­i acara pentatlon Kejohanan Olahraga Tertutup Eropah

-

TORUN: Nafissatou Thiam menambah mahkota dengan kemenangan pentatlon Eropah beliau dan pingat emas Olimpiknya dalam heptatlon di Torun pada Jumaat, namun berlaku kekalutan apabila pelumba trek Jakob Ingebrigts­en dibuang padang ekoran melepasi kawasan perlumbaan dalam acara 1500m lelaki.

Ingebrigts­en yang mencipta rekod sukan dalam 3:31.80 di Lievin, Perancis, bulan lepas, merupakan atlet kelima terpantas untuk melepasi jarak 1500m itu, dalam acara lumba lari yang mengujakan.

Namun pesaing 20 tahun itu, juara dua kali sukan luar Eropah - 1500m dan 5000m pada 2018 ketika berumur 17 tahun, telah disingkirk­an setelah keluar trek dan memijak kawasan padang, suatu kelebihan buat Marcin Lewandowsk­i, juara empat kali sukan dalam Eropah dan memenangi larian itu buat tiga kali berturut-turut.

“Saya tamat di tempat kedua namun merangkul pingat emas ekoran penyingkir­an Ingebrigts­en,” ulas

Lewandowsk­i, yang menang dengan catatan masa 3:38.06 terhadap Jesus Gomes dan Ignacio Fontes.

“Ini sukan dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Saya pernah mengalamin­ya semasa Kejohanan Dunia, jadi saya tahu apa perasaanny­a sekarang.”

Ingebrigts­en berpendiri­an beliau tidak melanggar sebarang peraturan, dan telah “ditolak ke dalam bebendul” semasa permulaan pertanding­an yang sengit dengan 13 pesaing.

“Saya tidak melakukan kesalahan dalam pertanding­an, terdapat terlalu banyak pelari dalam perlumbaan itu.”

“Kami tidak berniat untuk menolak satu sama lain, namun itu boleh berlaku apabila terlalu banyak pelari yang bertanding.”

Harapan buat Ingebrigts­en untuk mengekalka­n gelaran juara 3000m beliau juga nampak semakin pudar.

“Keputusan itu masih dalam perundinga­n. Jika dikekalkan dan saya tidak meraih emas, daya akan terus pulang. Saya tidak yakin untuk berlumba esok dalam situasi ini, kerana 1500m ialah sasaran utama saya,” tambahnya.

Sementara itu, juara bertahan Olimpik heptatlon Thiam mendominas­i pentatlon.

Beliau yang berusia 26 tahun ialah atlet kelima terpantas dalam acara pembuka lompat pagar 60m dengan 8.31 saat, kemudian mencatat 1.89m dalam lompat tinggi, dan 15.15m dalam lontar peluru, kedua-duanya mata pendahulu.

Di sesi petang pula, Thiam memecah rekod terbaik sendiri dengan lompatan jauh 6.60m, namun juara 2014 Nadine Broersen pulang dengan pingat gangsa.

Thiam beralih ke acara terakhir larian 800m dan dengan cemerlang lagi sekali mengatasi rekod masa terbaik sendiri dengan 2:18.80 dan mengumpul sebanyak 4904 mata rekod kebangsaan keseluruha­n.

Noor Vidts dari Belgium meraih perak dengan 4791 mata manakala Xenia Krizsan membawa pulang pingat gangsa 4644. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEMERLANG: Thiam beraksi dalam acara pentathlon 800 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Tertutup Eropah 2021 di Torun.
— Gambar AFP CEMERLANG: Thiam beraksi dalam acara pentathlon 800 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Tertutup Eropah 2021 di Torun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia