Bayern Munich singkirkan Lazio dari Liga Juara-Juara
‘The Bavarians’ menang agregat 6-2 selain turut melangkaui rekod penyertaan 18 kali Barcelona dalam kejuaraan
“
Kemenangan ini amat berharga buat kami. Keinginan untuk menang setiap perlawanan sudah tersemai dalam
” DNA kami.
Joshua Kimmich
pemain tengah Bayern Munich
MUNICH: Bayern Munich melangkah mudah ke Liga Juara-Juara dalam suku akhir apabila berjaya menewaskan Lazio 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua 16 akhir pada Rabu dengan kemenangan agregat 6-2.
Robert Lewandowski menyempurnakan gol penalti diikuti aksi licik daripada pemain penggantinya pada separuh masa kedua Eric Maxim Choupo-Moting untuk menggandakan kelebihan pada malam itu.
Lazio cuma berjaya meraih gol sagu hati dengan Marco Parolo yang tidak mendapat tentangan semasa lewat perlawanan lalu menjaringkan gol percuma dari jarak dekat.
“Kemenangan ini amat berharga buat kami. Keinginan untuk menang setiap perlawanan sudah tersemai dalam DNA kami,” kata pemain tengah Bayern Joshua Kimmich.
“Kami bermain dengan yakin sungguhpun ia bukan persembahan yang terhebat dan ia menjengkelkan apabila hilang mata gol.”
Kejayaan mereka ke lapan akhir sekaligus melangkaui rekod Barcelona yang 18 kali muncul dalam suku akhir Liga Juara-Juara sejak kejohanan itu diambil alih daripada Piala European.
Salji turun semasa perlawanan di Allianz Arena, namun Bayern dengan tenang bermain dalam cuaca itu.
Mereka kini menyambung penyertaan berterusan dalam Liga Juara-Juara dengan 19 permainan dalam tempoh dua tahun.
“Kami memerlukan prestasi yang baik dan kami keluar dari pertandingan dengan persaingan yang positif,” kata jurulatih Lazio Simone Inzaghi.
“Sesetengah pasukan tidak dapat dilawan, Bayern ialah salah satu daripadanya.”
Denganpasukannya dibelasah 4-1 dalam perlawanan pertama, Inzaghi memilih untuk menyimpan penjaring terhandal Ciro Immobile, dan diganti dengan Vedat Muriqi di barisan hadapan.
Bayern turun padang tanpa kapten pasukan dan penjaga gol Manuel Neuer kerana selsema dan pemain ganti Alexander Nuebel tampil buat kali ketiga dalam musim ini.
Bayern dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-31 apabila Muriqi menjatuhkan Leon Goretzka.
Selepas video bantuan pengadil (VAR) dirujuk, Lewandowski merembat masuk bola ke pintu gol.
Ini merupakan gol ke39 buat bintang kelahiran
Poland itu dalam musim ini dan yang kelima dalam Liga Juara-Juara.
Lewandowski membuat cubaan lagi pada minit ke-67 namun melantun ke tiang gol dan disambut penjaga gol Pepe Reina.
Itu merupakan cubaan terakhir beliau bersama Thomas Mueller dan mereka membuka peluang buat ChoupoMoting dan pemain muda 18 tahun Jamal Musiala.
Kurang daripada dua minit selepas itu, David Alaba mengumpan bola kepada ChoupoMoting
yang memecut lalu menjaringkan gol melepasi Reina.
Kelemahan barisan pertahanan Bayern pada lapan minit sebelum tamat telah memberi jalan untuk sepakan percuma Andreas Pereira disempurnakan oleh pemain ganti Muriqi, Parolo.
Pemain pertahanan Lazio, Francesco Acerbi mengulas skuad Itali itu berusaha lebih gigih daripada pusingan pertama mereka, namun mengakui “Bayern adalah yang terbaik di dunia.” — AFP