Abang Johari dijangka lawat Depot Tahanan Imigresen Semuja, esok
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka mengadakan lawatan ke Depot Tahanan Imigresen Semuja pada 22 Mac ini berikutan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di situ.
Beliau berkata, lawatan itu bagi mengenal pasti sama ada berlaku ketidakpatuhan atau kelemahan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menyebabkan peningkatan drastik kes positif daripada Kluster Depot Imigresen Semuja.
“Saya akan berkunjung ke Pusat Tahanan Semuja Isnin ini di bawah kelolaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Sarawak yang mana dirasakan terdapat kelemahan.
“Depot Tahanan Imigresen Semuja ini berupaya menempatkan 450 orang tahanan pada satu-satu masa.
“Serta jumlah mereka yang dijangkiti mencapai 140 kes. Mungkin ada salah SOP yang tidak diikuti,” katanya ketika ditemui selepas sidang media MajlisPenyerahanGeranMRP Ketua Menteri di Ibu Pejabat Parti PBB di Satok semalam.
Abang Johari turut menegaskan kebanyakan kes adalah disebabkan pekerja warga asing, namun kes positif di Kuching telah menurun kepada 16 (sehingga kelmarin), malah Sibu dan Miri juga menunjukkan penurunan.
Pada 19 Mac, Kluster Depot Imigresen Semuja di Serian yang disytiharkan pada hari sebelumnya merekodkan penambahan 146 kes menjadikan jumlah kes bagi kluster tersebut meningkat kepada 245 kes.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, seramai 592 individutelahdisaringdibawah kluster itu di mana 245 didapati positif termasuk kes indeks.
Manakala 210 individu lagi didapati negatif dengan 137 individu lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.