Mexico pertingkat kawalan sempadan halang pendatang kanak-kanak
TUXTLA GUTIÉRREZ: Mexico akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan selatan dengan Guatemala untuk menghalang pendatang kanak-kanak merentasi dalam perjalanan mereka ke Amerika Syarikat, menurut pihak berkuasa pada Jumaat lepas.
Pengumuman muncul selepas satu peningkatan dalam aliran kehadiran pendatang tanpa dokumen menuju ke utara selepas pembaharuan imigresen oleh Presiden AS Joe Biden.
Operasi di sempadan selatan adalah bertujuan untuk melindungi pendatang kanak-kanak yang telah “dieksploitasi oleh rangkaian jenayah,” menurut pihak Institut Migrasi Negara (NMI).
Pihak peronda akan menggunakan dron dan peralatan penglihatan malam bagi pengawasan di beberapa kawasan di mana pendatang tanpadokumentelahdiketahui akan merentasi sempadan, jelasnya.
Sejak Januari lebih dari 4,000 kanak-kanak Amerika Tengah telah dikenal pasti sebagai “datang dengan tidak kerap di wilayah Mexico,” menurut kepada NMI.
Penyeludup manusia telah memberitahu pendatang agar membawa kanak-kanak untuk menjadikan ia lebih mudah memasuki Mexico dan Amerika Syarikat, jelasnya.
Menurut kepada pekerja sosial di bandar Matamoros di timur laut Mexico, kanak-kanak telah dibawa oleh ibu bapa atau ahli keluarga ke sempadan dan dihantar melepasi sempadan sendirian.
Sebaik sahaja di seberang, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan, yang membantu mereka berhubung dengan kontak keluarga di dalam Amerika Syarikat.
Para ibu yang membawa anak-anak kecil juga kadangkala dibenarkan untuk tinggal, ketika orang dewasa tanpa dokumen yang merentasi sempadan sendirian akan segera dihantar pulang.
Berdepan dengan tekanan politik yang semakin berkembang, Biden pada minggu ini telah menggesa para pendatang agar tidak datang.
Sempadan selatan Mexico telah berada dalam rondaan sejak 2019 oleh pihak National Guard bagi menghalang karavan pendatang merentasinya.
Pada Khamis lepas Mexico telah mengumumkan sekatan ke atas laluan darat yang tidak penting di sempadan dengan Guatemala yang menurutnya bertujuan untuk menangani penyebaran COVID-19.
Tindakan tersebut bersamaan dengan satu janji oleh Amerika Syarikat untuk menghantar vaksin koronavirus AstraZeneca ke Mexico bagi membantu mengatasi satu masalah kekurangan dos.
Menteri Luar Negara Marcelo Ebrard menyatakan pada Jumaat lepas bahawa 2.7 juta dos dijangka tiba pada minggu depan.