Utusan Borneo (Sarawak)

SIBU MULAI MENUNJUKKA­N PENURUNAN KES COVID-19

Dari minggu ketujuh hingga minggu ke-11, Sibu terus menunjukka­n penurunan kes: Dr Annuar

- Oleh Reno Benjamin

Sehingga hari ketiga minggu ke-12, kita telah mengumpul 142 kes di mana pada sepanjang minggu ke-11, sejumlah

332 kes dicatatkan.

SIBU: Daerah Sibu memerlukan sedikit masa lagi untuk berjaya dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 setelah trend menunjukka­n penurunan kes sejak beberapa minggu ini.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, dari minggu ketujuh hingga minggu ke-11, daerah ini terus menunjukka­n penurunan kes COVID-19.

“Sehingga hari ketiga minggu ke-12, kita telah mengumpul 142 kes di mana pada sepanjang minggu ke-11, sejumlah 332 kes dicatatkan.

“K i t a b e r h a r a p d a l a m minggu ke-12 jika kes sentiasa kurang daripada 40 kes sehari,

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu

kita akan terus menunjukka­n penurunan kes,” ujarnya ketika hantaran langsung di Facebook berhubung kes COVID-19 di Sibu, semalam.

Menurut Dr Annuar yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan, ramai yang bertanya bila kes COVID-19 di Sibu dapat menjadi sifar.

“Kita tengah berusaha tapi untuk dapatkan kosong kes tidak secepat itu sebab kes kita terlalu banyak pada peringkat awalnya.

“Tapi ada nampak kemajuan positif berdasarka­n penurunan kes di bandar Sibu,” jelasnya sambil menasihati semua pihak agar terus mematuhi SOP.

ADUN Nangka itu berkata, walaupun kes mula menunjukka­n penguranga­n namun usaha mengekang penularan COVID19 sebelum ini perlu diteruskan.

“Kita sudah seperti ini selama tiga bulan. Kita perlu sedikit masa lagi untuk berjaya.

“Vaksin juga akan sampai untuk masyarakat yang berisiko, mungkin dalam bulan April atau Mei.

“Oleh itu jangan sia-siakan usaha selama ini untuk pastikan Sibu dapat pulih seperti dahulu,” tegasnya.

Dr Annuar turut memberitah­u, pengesanan kes aktif (ACD) akan dilakukan sekali lagi bagi penduduk Sibu Jaya pada Sabtu ini di Pasar Tamu Sibu Jaya.

“Bukan ada masalah kerana penambahan kes baharu tapi kita sudah merancang untuk berbuat demikian.

“Minta semua datang untuk pastikan Sibu Jaya bebas COVID-19,” ujarnya sambil menambah, kebanyakan zon di Sibu Jaya telah bertukar kepada Zon Hijau.

Sejumlah 36 kes dilaporkan di Sibu dengan 26 kes di zon-zon bidang kuasa Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), satu kes di Sibu Jaya dan sembilan kes di zon-zon bidang kuasa Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

Dr Annuar Rapaee

 ??  ??
 ??  ?? HAMPIR BERJAYA: Dr Annuar ketika siaran langsung di Facebook mengenai kes COVID-19 di Sibu.
HAMPIR BERJAYA: Dr Annuar ketika siaran langsung di Facebook mengenai kes COVID-19 di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia