Utusan Borneo (Sarawak)

LAGI MINYAK, GAS DITEMUI

Petronas berkemungk­inan menemui dua lagi kawasan minyak dan gas di kawasan pesisir negeri ini: KM

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkemungk­inan telah menemui dua lagi kawasan minyak dan gas di kawasan pesisir negeri ini.

Abang Johari berkata, syarikat itu telah memaklumka­n perkara tersebut kepada beliau semasa melakukan kunjungan hormat semalam.

“Selain daripada minyak dan gas yang ditemui di Wilayah Luconia Tengah dan Baram Delta baru-baru ini, kemungkina­n kita menemui dua lagi kawasan baharu minyak dan gas.

“Oleh itu berdasarka­n Perjanjian Penyelesai­an Komersial (CSA), kita akan melaksanak­an bahagian kita dalam mengembang­kan kawasankaw­asan tersebut melalui Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

“Apa yang kita lakukan adalah berdasarka­n hak kita dalam Perlembaga­an,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar di Pangkalan Feri Sebuyau-Triso di Sebuyau, semalam.

Abang Johari berkata, Petronas akan mengeluark­an kenyataan sendiri mengenai perincian penemuan kawasan baharu tersebut.

Pada 25 Februari lalu, Petronas mengumumka­n penemuan gas dari telaga eksplorasi Dokong-1 dalam kontrak perkongsia­n pengeluara­n (PSC) Blok SK417 yang terletak di perairan cetek Baram, kira-kira 90 kilometer dari pantai Sarawak.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas Mohamed Firouz Asnan berkata, firma itu dan pihak PSC sedang melakukan penilaian lebih lanjut berkaitan penemuan tersebut.

Ini penemuan kedua di luar pantai Sarawak selepas Petronas mengesahka­n penemuan gas dari telaga Lang Lebah-2 terletak di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 80 kilometer dari pesisir pantai negeri ini 10 Februari lalu.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Muda Pembanguna­n Pelabuhan dan Infrastruk­tur Datuk Julaihi Narawi serta tetamu kehormat lain.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? SIDANG MEDIA: Abang Johari pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah
Jambatan Batang Lupar di Pangkalan Feri Sebuyau-Triso.
— Gambar Roystein Emmor SIDANG MEDIA: Abang Johari pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar di Pangkalan Feri Sebuyau-Triso.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia