Utusan Borneo (Sarawak)

PEMBANTU TADBIR DIDENDA RM10,000 KERANA BUAT TUNTUTAN PALSU

-

MIRI: Seorang pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan didenda RM10,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Khas Rasuah atas kesalahan menggunaka­n dokumen asli untuk mengemukak­an tuntutan palsu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Nixon Kennedy Kumbong setelah Zuraidah Shebli, 47, dari Limbang, mengaku bersalah atas tuduhan alternatif yang dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut keterangan kes, tertuduh yang merupakan penjawat awam dan bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Limbang didapati secara tidak jujur telah menggunaka­n dokumen asli untuk mengemukak­an tuntutan palsu berjumlah RM13,245 sebagai invois bayaran bagi kerja-kerja penyelengg­araan kuarters, surau, bilik jana kuasa dan tandas RTM Limbang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, 5 Disember 2016 di Jabatan Penyiaran RTM Limbang.

Di hadapan mahkamah, peguam bela Shikh Rajjish Ahmad yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman yang ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Tambahan tertuduh merupakan seorang ibu tunggal yang menyara dua anaknya yang masih menuntut di dua institusi pengajian tinggi.

Setelah mengambil kira semua faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta kepentinga­n awam, mahkamah kemudian mengenakan denda RM10,000 atau sebulan penjara ke atas tertuduh.

Nixon turut memerintah­kan agar tuduhan utama ke atas tertuduh yang dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama digugurkan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Azmi Yusuf dari pejabat SPRM Sarawak, Kuching.

Tertuduh dibenarkan bebas setelah membayar denda tersebut.

 ??  ?? DIDENDA: Zuraidah (kanan) diiringi keluar dari kamar mahkamah oleh pegawai SPRM Miri.
DIDENDA: Zuraidah (kanan) diiringi keluar dari kamar mahkamah oleh pegawai SPRM Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia