Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki hilang dua minggu lepas belum ditemui

Pencarian Ali yang hilang di Sungai Selui berhampira­n Empangan Bakun masuki hari ketiga semalam

-

BELAGA: Usaha mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai hilang di Sungai Selui berhampira­n Empangan Bakun dekat sini sejak dua minggu lepas memasuki hari ketiga semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, usaha pencarian mangsa yang dikenali sebagai Ali Lingak, 50-an, dari Uma Kelap, Sungai Asap bermula seawal jam 10 pagi semalam di mana pencarian difokuskan secara permukaan sekitar Sungai Linau dan Sungai Balui.

Menurutnya, usaha pencarian pada hari ketiga ini disertai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Uma Daro serta agensi berkaitan lain.

“Pencarian hari ini turut mendapat bantuan daripada 25 penduduk kampung

Pencarian hari ini turut mendapat bantuan daripada 25 penduduk kampung dengan menggunaka­n enam perahu yang turut menyasari kawasan hulu dan hilir sungai dari lokasi terakhir mangsa dikhuatiri hilang iaitu antara Sungai Linau dan Sungai Balui.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak

Oleh Ambrose Rirang

dengan menggunaka­n enam perahu yang turut menyasari kawasan hulu dan hilir sungai dari lokasi terakhir mangsa dikhuatiri hilang iaitu antara Sungai Linau dan Sungai Balui,” ujarnya.

Menurutnya, maklumat awal yang diterima daripada anak lelaki mangsa, Alias Alan Ali, 20, pada petang 10 Mac lalu, dia dan ayahnya baru sahaja selesai mengalihka­n kayu dan zink dari Jeti Bakun ke Long Selui.

Selepas itu katanya, ayahnya menghantar perahu yang dipinjam mereka ke Jeti Bakun dan mengambil perahu mereka sendiri di kawasan Long Selui.

Namun begitu katanya, ayahnya tidak pulang-pulang sehingga 20 Mac sehingga dia sendiri bertindak balik ke rumah panjang mereka di

Uma Kelap.

Dia amat terkejut sebaik tiba apabila penduduk memberitah­u ayahnya tidak balik ke rumah panjang.

Difahamkan usaha pencarian yang tamat jam 5 petang semalam tidak berhasil dan akan disambung esok bagi menjejaki sebarang penemuan baharu.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Brodie Brangka ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kes kehilangan lelaki terbabit di kawasan Empangan Bakun.

 ??  ?? MASIH HILANG: Usaha pencarian mangsa di sekitar Tasik Bakun termasuk kawasan Sungai Linau dan Sungai Balui sejak semalam.
MASIH HILANG: Usaha pencarian mangsa di sekitar Tasik Bakun termasuk kawasan Sungai Linau dan Sungai Balui sejak semalam.
 ??  ?? ALI
ALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia