Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Dua sekawan lepas gian di hotel bajet ditangkap

-

LAWAS: Tindakan dua sekawan yang menjadikan hotel bajet untuk melepas gian menghisap dadah berjaya dihidu polis selepas ditahan dalam Ops Bersepadu di sebuah hotel di sini, tengah hari kelmarin.

Suspek, 27, dari Kampung Gaya Lama dan suspek, 19, dari Kampung Siang-Siang Lama itu dicekup jam 12.10 tengah hari ketika berada di dalam bilik hotel terbabit.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata, hasil pemeriksaa­n ke atas tubuh suspek, 19, polis menjumpai satu beg kecil berwarna hitam tidak berjenama mengandung­i satu keratan tiub straw lutsinar berwarna kuning dan lima keratan tiub straw lutsinar berwarna biru berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu (Methamphet­amine).

“Turut dijumpai satu bekas gula-gula berwarna merah jambu yang di dalamnya terdapat 14 keratan tiub straw lutsinar berwarna biru berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu yang disembunyi­kan dalam beg silang berwarna hitam/coklat tidak berjenama yang dipakai suspek tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Jelas Roslan, syabu seberat 3.99 gram bernilai RM410 turut dirampas.

Kedua-dua suspek katanya, juga positif positif dadah jenis Amphetamin­e/Methamphet­amine hasil saringan awal urin mereka.

“Hasil soal siasat awal mendapati kedua-dua suspek terjebak dalam penyalahgu­naan dadah sejak tahun lepas,” katanya.

Kedua-dua suspek yang juga mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

 ??  ?? BARANG KES: Syabu yang dirampas dalam serbuan kelmarin.
BARANG KES: Syabu yang dirampas dalam serbuan kelmarin.
 ??  ?? RAMPAS: Syabu yang dijumpai polis dalam Ops Bersepadu kelmarin.
RAMPAS: Syabu yang dijumpai polis dalam Ops Bersepadu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia