Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita jalankan operasi perniagaan tanpa lesen didenda

-

KUCHING: Perbuatan seorang wanita yang menjalanka­n operasi perniagaan tanpa lesen sah membawa padah apabila dia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zubaidah Sharkawi turut mengarahka­n Dewie Sakty Agos, 29, dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Wanita beralamat di Stutong Baru itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 14 Februari lalu, jam 2.02 petang di sebuah kedai terletak di pusat komersial BDC, Jalan Stutong, Taman Satria Jaya, di sini.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah menjalanka­n operasi tanpa lesen perniagaan sah daripada pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

Oleh itu, dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Perniagaan, Profesion dan Perlesenan Perdaganga­n 1958 yang memperuntu­kkan hukuman denda RM1,000. Tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang penganggur lelaki didenda RM10,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar selepas mengaku bersalah terlibat aktiviti perjudian dalam talian.

Bryan Liew Wei, 24, didakwa mengendali­kan mesin perjudian pada 2 Mac lalu, jam 12.30 tengah hari di sebuah kafe terletak di Pusat Komersial Swan, Batu 4, Jalan Matang di sini.

Sebuah telefon pintar, keratan kertas bertulis angkaangka dan abjad dipercayai kata laluan judi dalam talian serta wang tunai RM420 merupakan antara barangan yang dirampas semasa serbuan dilakukan.

Untuk itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Pendakwaan bagi keduadua kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia