Utusan Borneo (Sarawak)

Mekanik didenda kerana miliki enjin penyembur racun, baja sayur curi

-

KUCHING: Seorang mekanik didenda RM2,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana memiliki barang curi berupa dua enjin penyembur racun dan seguni baja sayur.

Tertuduh, Boon Sook Fok, 21, mengaku bersalah apabila pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau keduaduany­a sekali jika sabit kesalahan.

Pemuda tersebut dituduh memiliki barang curi milik seorang petani berusia 51 tahun yang dilakukann­ya pada 18 Mac lalu, jam 9.30 malam di Kampung Simpok, Jalan Padawan, di sini.

Mengikut keterangan kes, petani tersebut (mangsa) menyedari pintu hadapan pondok kebun miliknya terbuka pada hari kejadian dan mendapati perkakas berkebun serta barangan yang disimpan dalam pondok telah hilang.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan hasil siasatan polis mendapati bahawa ada antara barangan tersebut berada dalam milikan tertuduh. Tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang pemuda didenda RM10,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar kerana terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian.

Amierul Anuar, 24, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut pada 5 Mac lalu, jam 12.20 tengah malam di sebuah kedai di Jalan Rubber di sini.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah menggunaka­n telefon bimbit sebagai peralatan judi bagi tujuan memenangi sesuatu permainan dan sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Antara barangan yang dirampas adalah sebuah telefon bimbit, wang tunai RM285 dan satu keping keratan kertas bertulis ID dan kata laluan yang disyaki diguna untuk mengendali­kan judi dalam talian. Tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan bagi keduadua kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia