Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditangkap di terminal bas bersama dadah

-

BINTULU: Seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun ditahan di Terminal Bas Medan kerana memiliki 92 gram dadah jenis ketamin dan ekstasi yang dianggarka­n bernilai RM11,100 dalam serbuan pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili dalam kenyataann­ya semalam berkata, hasil maklumat serta risikan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu menahan suspek yang berada dalam keadaan mencurigak­an di kawasan terminal bas sekitar jam 8.15 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaa­n yang dijalankan ke atas suspek menjumpai satu kotak kecil dalam genggamann­ya dan hasil pemeriksaa­n dijalankan menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi serbuk dan tablet disyaki ekstasi seberat 41 gram dan satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis ketamin seberat 51 gram.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu mengesahka­n suspek positif mengambil dadah jenis ganja,” ujarnya.

Zulkipli berkata, suspek katanya akan dikenakan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) bagi membantu siasatan.

“Penangkapa­n suspek telah menjadi satu lagi kejayaan polis di bahagian ini dalam menumpaska­n kegiatan pengedaran dadah di Bintulu,” tegasnya.

Beliau berkata, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui sumber bahan terlarang itu serta lokasi penghantar­an dan pengedaran­nya.

Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 ??  ?? BARANG KES: Dadah jenis ketamin dan ekstasi yang dirampas daripada suspek pagi kelmarin.
BARANG KES: Dadah jenis ketamin dan ekstasi yang dirampas daripada suspek pagi kelmarin.
 ??  ?? SUSPEK
SUSPEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia