Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak merekodkan dua kematian baharu jangkitan COVID-19 semalam

-

KUCHING: Sarawak merekodkan dua kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 semalam yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 99 orang.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kes kematian ke-98 melibatkan seorang lelaki berumur 71 tahun, seorang warga tempatan (Sarawak) yang telah mendapatka­n rawatan kecemasan di Hospital Sibu kerana mengalami pendarahan gastrointe­stinal.

“Kes telah disaring dengan ujian rT-PCR COVID-19 dan disahkan positif pada 17 Mac 2021 dan keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2021.

“Kes mempunyai komorbid kanser perut, strok dan artrial fibrilasi,” katanya menerusi kenyataan semalam.

JPBNS memaklumka­n bagi kes kematian ke-99 ia melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 69 tahun yang telah didapati tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluargany­a.

Katanya pasukan kecemasan yang datang ke rumah kes telah mengesahka­n kes telah meninggal dunia di rumahnya pada 18 Mac 2021 dan mayat kes kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk siasatan lanjut.

“Saringan ujian rT-PCR COVID-19 adalah positif pada 20 Mac 2021 dan kes tidak mempunyai komorbid.

“Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapka­n ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa,” katanya.

Mengenai kes baharu di negeri ini, sebanyak 140 kes baharu dikesan semalam yang menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 14,514 kes di negeri ini.

Katanya daripada jumlah kes baharu itu 52 kes di daerah Miri diikuti Sibu (36), Bintulu (27), Samarahan (5), Kapit (3), Sarikei (3), Julau (3), Kuching (2), Mukah (2), Limbang (2), Betong (2), Bau (1), Bukit Mabong (1) dan Meradong (1).

“Daripada 140 kes baharu yang dilaporkan, seramai 20 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala seramai 105 orang kes terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan,” kata jawatankua­sa.

JPBNS berkata mereka terbabit terdiri daripada 105 orang yang merupakan individu yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID19.

Katanya, 88 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (lima orang bergejala).

“Manakala 20 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (tiada orang bergejala).

“Selain itu 20 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (tiga orang bergejala),” katanya.

Jawatankua­sa berkata 12 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia